Skip to main content

Minggu Pertama Orientasi Tingkatan 6

Assalamualaikum.

Hai. Semenjak dah sekolah balik ni, memang penat gila bila balik rumah tu. ngantuk, kebulur semua takyah cakap ah. maklumlah, minggu orientasi. habis satu slot, slot lain. slot slot dan slot. sampailah 14 Mei 2015 ni (kira two weeks jugaklaa)

          Bila dah bosan dengan orientasi, time tu lah sibuk tanya-tanya bila nak masuk kelas, bila nak belajar. hahaha bila dah start belajar, harapnya takdelah kata bosan nak belajar pulak. ishhh dah masuk form 6 tak boleh malas-malas. cukuplah kau main-main dulu masa form 5. form 6 pun nak main lagi ke -_- ingat, hujung tahun ni dah exam untuk sem 1 (dah kira STPM sebenar. cuak!)

Aktiviti semalam lebih santai sikit sebab slot dengan kaunselor. Ai taktau pulak yang kaunselor SMK Dato Bentara Dalam (SMKDBD) ni semuanya sporting and gila-gila. kalau kaunselor sekolah lama dulu diorang biasa-biasa je. slot dengan kaunselor ni best kot. ada main game untuk guna otak tengah, berimaginasi untuk tahu personaliti kita yang sebenar lepastu buat ujian Inventori Minat Kerjaya. memang best lahh!

          Harini agak *krikk krikk* sikitlaa. slot tentang MPPPU oleh Cikgu Azizah, pastu pasal Tingkatan 6 punya aktiviti kokurikulum, biasiswa dan pengenalan subjek Pengajian Perniagaan.

First cerita pasal MPPPU. Apa tu? MPPPU ialah Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti. part ni memang best. sebab kita ada persatuan sendiri. so kalau nak buat apa-apa aktiviti semua ahli MPPPU ni yang uruskan. cikgu tak terlibat langsung. lepastu siap buat Pilihan Raya MPPPU untuk melantik pemimpin persatuan kitaorang ni. maka terpaksalah kami berkempen tak lama lagi. muahahaha.

Jangan lupa untuk mengundi saya, SITI AISHAH BINTI BADRULHISHAM.
hahaha. undi kay undi :P

          Pasal aktiviti kokurikulum, badan beruniform kitaorang satu je, iaitu, Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) di bawah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). kitaorang wajib pakai uniform PISPA ni setiap hari Isnin (sebab hari koku kitaorang hari Isnin. tanak campur dengan murid arus perdana). untuk persatuan, Ai pilih Persatuan Bahasa Inggeris. untuk kelab sukan, Ai ambik petanque je. budak sendu sukan memang cenggini. hahaha.

Tak lama lagi hari guru kan, so kitaorang pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah yang kena conduct semuanya. SEMUANYA ok. sebab taknak ganggu pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas. dorang dah nak exam sem 2 tak lama lagi. jadi semua aktiviti, kitaorang laa yang kena buat. penyertaan adalah WAJIB. - kata nak menonjolkan diri :P

          Baru tiga hari jadi pelajar Form 6, dah banyak aktiviti nak kena buat. tu belum start kelas, kerja kursus. memang packed la jadual nanti. tah ada masa tah tidak nak update blog ni hehehe. tapi takpe. demi kejayaan nak sambung Degree. susah sekarang takpe :) insya Allah boleh. yang penting sekarang dah jatuh hati dekat Form 6 :*

p/s: maaf takde gambar dekat sekolah. peraturan sekolah kan, telefon bimbit DILARANG! haha

Comments

Amelia said…
pertama kali dgr pentaque xD otak tgh pon tak pernah dgr kot. gud luck utk exam 1st sem nnti ^_^
mialia - dulu masa menengah rendah ada sukan ni. tapi tak ambik port sangat. terus lupa hahaha. game asah otak tengah kelam kabut gila. punyalah nak asah otak tengah ni. kehkehh. heee thanks. awak pun good luck juga (dip ke matrik?) hee
Amelia said…
jeng jeng jeng, nantikan jawapannya pada entri yang akan datang, kahkah, (padahal x decide lagi)

NARDtheNERD said…
good luck form 6 awakkk :)
nard - thank you :)

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka