Skip to main content

Kisah UPU

Assalamualaikum.

Hai. Harini memang tengah hot pasal semakan kemasukan ke IPTA. siapa yang dapat? tahniah kay tahniah. kita sama yeayyy! ok tipu je. Ai satu pun tak dapat. REJECTED. tetiba rasa cam buat apa aku pergi interview pastu tak dapat? hahaha biasalah dah tak dapat madang tak puas hati. kahkahkahh. nasib baik ada form 6 yang merawat luka dihati.



          Ingatkan Ai sorang je yang direject. gossip punya gossip dengan kawan-kawan lain. dorang pun tak dapat jugak. adalah kawan Ai dua orang sorang dapat Allied Health Science kat UIA. sorang dapat Law kat UITM. yang lain? teruskan form 6 and matriks je. kahkahkah.

Pastu gossip pulak dengan geng-geng masa interview UPSI haritu. ok sama jugak. takde sorang pun yang dapat. nampak tak dia punya kesenduan tahap melampau tu? melambak-lambak yang direject. sebab apa pun taktaulah. again, menyesal pulak aku kumpul banyak A dalam SPM ritu -_- takpelah takde rezeki sekarang ni. Allah nak bagi rezeki melalui jalan lain. yang penting POSITIF. mana-mana pun tempat kita, still boleh berjaya kalau kena dengan caranya (usaha la tu).




          Umi ngan ayah cam kelat sikitlah bila tau Ai tak dapat IPTA ni. sebab diorang memang berharap sangat Ai dapat masuk UPSI tu. yelah dah pegi interview semua tu kan. dah kira macam satu harapan untuk diorang. tapi diorang terima je apa pun keputusan yang Ai buat, and mana-mana yang Ai dapat ;)

Comments

Mialia Amelia said…
Alo, takpe. Masih boleh buat rayuan. Jangan putus harapan, ^_^ . Dan betul ckp awk, Allah nk bagi rezeki dengan jln lain, InsyaAllah. yg penting bkn tempatyg kita belajar tapi end result, kena dptkan kputusan baik2 utk study.

wah dasyat siap amek no. fon geng yg pergi interview lagi xD
Izzati Amira said…
Boleh buat rayuan nnti Ai. Buat rayuan tauu. jangan lepas peluang utk buat rayuan.

btw, Ai mohon kos ape? Banyak A pun tak lepas, cam pelik jugak
A'eshah Badrul said…
mialia - kann. saya reda je. mungkin ni jalan yang Allah bagi untuk saya. yang penting, usaha! hehehe

izzati amira - rayuan belum buka lagi. saya mohon kos dip sains, TESL upsi n uitm, dip sains n matematik, dip statistik. takde rezeki agaknya.. hehe

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.
 Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)
          Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu". Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu.
My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman grammar, rea…

Resipi Nasi Serai

Assalamualaikum.
Hai.
Hari-hari asyik makan nasi putih je bosan juga kan? Kadang-kadang nak juga cuba resepi lain daripada yang lain. Nak cuba masak nasi minyak pun dah jemu makan. Sebab lepas raya ni ramai orang buat kenduri kahwin. Jadi, lepas scroll dekat Facebook terjumpa pula resepi Nasi Serai, jadi apa lagi teruslah cuba. Bahan-bahan pun senang dan ringkas je.



Bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi2 sudu besar minyak sapiSedikit rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga)3 batang serai (dititik)2 helai daun pandan diikatSetengah kuib pati ayam1 biji bawang besar (dihiris)1 inci halia (ditumbuk)4 ulas bawang (ditumbuk)3 cawan air (ikut cawan sukat nasi)Sedikit garam untuk perasa
Cara-cara :
Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. 
Kemudian hiris bawang besar dan titikkan serai Basuh rempah tiga beradik dengan mesra dan basuh juga berasa dan daun pandan sebersihnya dan toskan.

Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi. Kemudian masukkan rempah 4 b…

Peluang Kedua: Ujian JPJ

Untuk pertama kalinya seorang Aishah dah dapat lesen memandu. yeayyyyy!!! akhirnya, impian aku untuk dapatkan lesen memandu sebelum umur 20 dah tercapai. Alhamdulillah. terima kasih Abah, sebab tanggung semua bayaran untuk aku ambil lesen :)
          Pengalaman yang paling takkan aku lupakan sampai bila-bila. dengar orang lain ada lesen memandu, eh kau nak jugak ambil lesen. tengok member2 kau dah boleh drive, kau pun nak drive. dahsyat la pengaruh rakan sebaya ni kan?
Siapa cakap memandu tu senang? susah ok. (for beginners yang start dari ZERO) kalau untuk yang memang dah pandai memandu senanglah kot. Tapi masa dekat sekolah memandu, ada sorang abang ni kata, susah. dia dah pandai memandu dah jauh dah pun dia memandu. dah round satu Malaysia, cuma takde lesen je. so, bila kena memandu kat litar, dia jadi tak reti memandu. sebab apa? sebab kita ada RULES yang kena ikut semasa dalam litar anda jalan raya.
          Which is, kedudukan tangan pada stereng mestilah 3-9. guna kaedah tol…