Skip to main content

Bakal Pemandu Berhemah

Assalamualaikum.

Hai. masa kecik-kecik dulu memang suka sangat main game kereta. barang mainan sume nak cam boyish. pergi emporium nampak senapang besar pun nak. hahaha. pastu bila pergi Giant Tampoi (maklumla masa tu Segamat takde Giant/shopping complex), ternampaklah kereta Hot Wheels yang comel-comel bersusun. fullamakkk! nak mintak ayah macam... hmm... Hot Wheels bhai. mahal. masa tu tak main sangat Barbie-Barbie ni. tengok pastu jeling jek. Prefer beli Power Rangers daripada Barbie. jantan sangat haku.

Sampai sekarang pun masih teringin nak beli T.T

          Pastu, ayah adalah belikan Ai satu kereta control lepas dia balik kursus. jakun, eksited gila. tak tidur malam. asyik main je kereta tu. hahaha. Ai ingat lagi, kereta tu kereta pacuan empat roda warna merah. hari-hari main kereta tu. sampailah dia rosak (controller je yang rosak. kereta elok lagi). Tak habis kat situ, zaman budak-budak dulu pakai ubat gigi Komodo Lion. pulak tu time tu, ada percuma satu kereta mainan kecik. memang suka gila (buat pengganti Hot Wheels).

          Dahla masa kecik suka tengok F1. tambah pulak tengok cerita Tokyo Drift la Fast Furious la. ewahhh macam-macam. lepastu asyik la main game lumba kereta, game parking la. haha memang Ai ni gila kereta. Sebab tu buat plan, ohh lepas habis SPM aku nak ambik lesen kereta. perancangannya camtu ah.

So awal tahun ni ngecek-ngecek la Umi nak ambik lesen. tapi umi tak bagi pulak. oklaa Ai faham. sebab awal tahun ni banyak pakai duit. sebab pergi umrah, pergi Langkawi lepastu duit nak guna buat Ai sambung belajar semua. so decide ambik lesen tahun 2016. tup tup bila keluar keputusan Matriks dengan UPU, Ai tak dapatlah pulak. dapat Form 6 je.

          Nak dijadikan cerita, disebabkan dapat Form 6 je. maka bolehla ambik lesen. sebab kos nak masuk Form 6 tak banyak macam nak masuk Matriks/Universiti. so duit-nak masuk-U dah jadi duit-ambil-lesen-kereta. daripada nak ambik tahun 2016, terus jadi ambik tahun ni jugakk. nampak tak perancangan Allah tu? dia tau Ai nak ambik lesen kereta then Dia tau Ai suka kereta. so dia bagi Ai lesen dengan Ai masuk Form 6 je. haaa nampak tak point dia yang sebenarnya? heheh

Tapi yang Ai heran gila ah kan. masa ceramah nak ambik lesen, masa dapat lesen L dengan P memasing berhemah gila. tak buat kesalahan lalu lintas langsung. patuh betul. tapi bila dah lama-lama, mulalah start dengan langgar lampu isyarat, pastu melarat sampai berlumba kat highway la pulak -_-

          Kalaulah tau, makhluk-makhluk yang akan-buat-dajal atas jalan raya ni, baik mereka-mereka ni takyah ambik lesen. masa memula kat kelas memandu punyalah naif. taknak bawak lelaju la whatsoever. bila dah lama-lama pegang lesen (lagi-lagi dah ada kereta sendiri) you know what I mean kan. nak kata tak diajar, hmmm susah nak cakap.

Jadi, cuti 2 minggu ni, Ai kena habiskan baca buku manual memandu tu supaya boleh cepat-cepat dapat test komputer pastu boleh dapat lesen L. uhuiiiii~

hwaiting Aishah! dah la 0 knowledge pasal kereta.
tido dalam kereta Ai tau la. weweweee.

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...