Skip to main content

Akhirnya Keluar

Assalamualaikum.

Hai. Alhamdulillah, Alhamdulillah akhirnya Umi keluar hospital. keadaan dah bertambah baik. harap-harapnya tak jadi macam dulu laa. taknak masuk keluar masuk keluar hospital lagi. umi pun terseksa. kali ni kira yang paling lama umi kena tahan wad (9 hari 8 malam) kalau nak dibandingkan dengan yang 2 bulan lepas cuma 3 hari 2 malam je.

          Apa-apa pun memang bersyukur sangat umi dah balik. takdelah lagi Ai kena ulang sekolah-rumah-rumah atok. penat. ye memang penat. tapi kalau umi terus sihat macam biasa, memang berbaloilah rasa penat tu T.T sape je yang sanggup tengok mak dia sakit? takde kan?

Macam mana risaunya seorang ibu, sedihnya seorang ibu bila tahu anak dai sakit, macam tulah jugak rasa seorang anak bila tahu ibu dia sakit. nasib baik Ai tak masuk matrik ke mana-mana ke. stay Form 6 je. at least Umi masih ada kawan. masih ada yang nak menjaga walaupun bukan jaga 24-jam. tapi syukurlah, yang penting biar umi sentiasa sihat.

          Doktor pun masih tak boleh nak diagnos penyakit umi. apa yang dia tahu, semua sel darah umi kurang. tu je. dua hari lepas, doktor ada buat 'operation' kecil dekat leher umi. dia ambil sel tisu nak buat test. nak check sel kanser ataupun tak. mudah-mudahan keputusan test tu negatif (cancer-free). Aminn.

p/s: Doakan Umi Ai supaya sentiasa sihat :) #doauntukumi

Comments

Popular posts from this blog

Tips Mengetahui Body Mist Victoria Secret Original atau Bukan Original

Assalamualaikum.
          Malam ni nak santai-santai je share tips body mist original ataupun bukan original. Tapi aku lebih spesifik pada jenama Victoria Secret sebab aku pengguna tegar body mist Victoria Secret.
Tapi sebelum tu aku nak bagitau sikit tentang perbezaan body mist dengan Eau De Toilette (EDT). Ada beza ya kedua-dua benda ni. Sebab sebelum ni aku pun tak tau beza, semua yang dalam bentuk spray yang berbau wangi, aku bantai panggil perfume. Hahahha.
Body Mist : Lebih kurang macam cologne. Bau dia hanya boleh bertahan 4-6 jam sahaja
Ini adalah rupa body mist. Jenis yang aku selalu pakai. (Yang Pure Seduction tu wangi bhai)
Eau De Toilette (EDT) : Ini barulah perfume. Bau dia boleh tahan 6-8 jam. Jauh lebih lama daripada body mist.
Ini pula rupa EDT. Saiz lebih kecil berbanding body mist.  Tapi harga lebih kurang. Yang best, bau tahan lebih lama.
Kat bawah ni aku akan kongsi beberapa tips untuk membezakan Victoria Secret (VS) original ataupun bukan original :
Kebiasaannya, y…

Resipi Nasi Serai

Assalamualaikum.
Hai.
Hari-hari asyik makan nasi putih je bosan juga kan? Kadang-kadang nak juga cuba resepi lain daripada yang lain. Nak cuba masak nasi minyak pun dah jemu makan. Sebab lepas raya ni ramai orang buat kenduri kahwin. Jadi, lepas scroll dekat Facebook terjumpa pula resepi Nasi Serai, jadi apa lagi teruslah cuba. Bahan-bahan pun senang dan ringkas je.



Bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi2 sudu besar minyak sapiSedikit rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga)3 batang serai (dititik)2 helai daun pandan diikatSetengah kuib pati ayam1 biji bawang besar (dihiris)1 inci halia (ditumbuk)4 ulas bawang (ditumbuk)3 cawan air (ikut cawan sukat nasi)Sedikit garam untuk perasa
Cara-cara :
Tumbuk bawang putih dan halia sehingga lumat. 
Kemudian hiris bawang besar dan titikkan serai Basuh rempah tiga beradik dengan mesra dan basuh juga berasa dan daun pandan sebersihnya dan toskan.

Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi. Kemudian masukkan rempah 4 b…

Temuduga Penolong Pegawai Farmasi

Hai.

          Selamat datang ke blog asing ini. For sure awak datang sini sebab dapat temuduga SPA bahagian Separa Perubatan kan? And for sure jawatan yang awak pilih ialah Penolong Pegawai Farmasi. Ok, terima kasih sebab sudi singgah. Harap entri ini dapat membantu untuk awak prepare apa yang patut. Oh, sebelum tu, tahniah ya sebab berjaya dalam Peperiksaan Online SPA.

1 April 2016




     Tarikh aku dapat panggilan surat temu duga tersebut. Syukur Alhamdulillah. Disebabkan ada lagi 19 hari untuk prepare, maka macam-macam benda keluar dalam kepala.

"Apa nak prepare?'

"Soalan apa dia akan tanya?"

"Penemu duga tu agaknya macam mana?"

and so on.

Langkah pertama, aku whatsapp cousin dengan kawan aku. Sebab dorang berdua dah pass interview dengan jayanya dan sekarang tengah belajar dalam bidang nursing. Sambil-sambil tu ada jugalah aku cari bloggers yang dah ada pengalaman interview separa perubatan SPA ni (macam yang awak tengah buat ni). So, daripada tips dorang, …