Skip to main content

the Cute Chu Lip, Lip Balm

Assalamualaikum.

Hai. harini hari membeli-belah. wewewewe (kaki shopping eh ngko) jadi bolehlah kita membeli dengan suka ria. (eh GST laa. *krikk krikk*) back to the topic! pernah dengar pasal Chu Lip lip balm? Chu Lip lip balm ni sebenarnya produk baru daripada Mentholatum.

Comel sangat awak ni tau. manalah orang tak geram!

          Kali pertama Ai kenal produk ni melalui blog Ayue Idris . masa tu kak Ayue pergi karnival pelancaran Chu Lip nihh. haa dari situ Ai dah terpikat kat Chu Lip. salah satu sebabnya, mestilah dia cute sangat! tak pernah lagi Ai jumpa lip balm yang comel GILA macam tu (well, normal la kan perempuan suka benda-benda cute ni)

          Nama Chu ni berasal daripada perkataan Jepun yang membawa maksud "Kiss/cium/popo (korean)" kalau dah namanya Chu, haruslah pakainya dekat bibir. ye dakk? size dia comel sangat (stylish dome-shaped lip balm) sesuai dengan rupa dia. cara pakai? cium je dia hahah. okk Chu Lip ni ada 4 jenis berlainan warna dan bau :


  • Paris, Perfect Memories (sweet raspberry and peach)
  • NY, Brilliant My Way (fruit apple, ginger and tea rose)
  • Arabian Floral Shower (floral rose, germanium and clove)
  • Nordic, Fancy Nostalgia (refreshing orange, lime and mango)

Untuk pengetahuan korang, Chu Lip ni diformulakan dengan "secret recipes" dengan bahan pelembap bibir dengan Olive Oil dan Macadamia Nut Oil untuk bibir yang lebih happy dan dan dan SIHAT!

          Mentholatum memang brand lip balm kegemaran Ai sejak dulu lagi (sejak dah pandai pakai lip balm wkwkwk). sebab Ai percaya yang brand Mentholatum ni bagus sangat and tak pernah mengecewakan Ai. lagi-lagi sekarang ni dia dah keluarkan Chu Lip. WAJIB la Ai beli kan~ 

Mr. Chu~ hahah

Bibir dah di'kiss' dengan Chu Lip. muahh!

So my choice is Arabian, Floral Shower. sebab? awal tahun haritu baru jejak tanah Arab. hahah serious tu salah satu sebabnya walaupun agak nonsense. kedua sebab warna dia. ketiga sebab dia floral scent! Lip balm Chu Lip ni sangat soft di bibir, tak melekit dan tak rasa 'berat' dekat bibir. memang Ai syorkan korang untuk beli and cuba sendiri lip balm ni. :)

P/S: dapatkan Chu Lip lip balm dekat farmasi yang berdekatan (grrr dah macam ayat tv dah wehh)

Comments

Amelia said…
heee, comelnya. nmpk mcm eos lip bam sikit2. tapi yg ni lebih comel. nama dia pn comel, hehe. mr chu mr chu. wakaka
Ammelia said…
Would like to try it later. So cute and the pastel color, omg I love it :)

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka