Skip to main content

Our Illegal Activities In School

Assalamualaikum.

Hai. zaman sekolah, sape je tak penah buat benda terlarang? cuba cakap? even budak baik pun mesti akan terbuat benda terlarang punyaa.

          Seriously, dah 5 bulan tinggalkan zaman sekolah. memang dah rindu bak hangg! rindu homework, rindu nak dengar THL (cikgu fizik) membebel pasal kitaorang yang sendu Fizik hahah. rindu semuanyalah. rindu juga nak gossip dengan cikgu, cerita pasal kpop dengan cikgu. perghh banyaklah wehh!

Ai dengan kawan-kawan Ai (atau lebih dikenali sebagai The F, singkatan untuk The Feminine. haha siap ada nama group. ala-ala the Wannababes giteww) takdelah nakal sangat pon. baik sangat pun takdelah. langgar peraturan tu perkara biasa. tapi sepanjang lima tahun dekat SMK Bandar Putra tu, tak pernah pulak kitaorang kena tindakan disiplin. malulah kalau kena tindakan, dahlah kelas first. uiiii~ benda common yang kitaorang selalu buat . . .


  • Makan dalam kelas
tak kisah lah waktu pagi ke, waktu tengah hari ke, tusyen petang ke memang kerja kitaorang makan. tak kisah la time tu subjek cikgu garang ke, lembut ke. bantai sajeee. hahah tempat duduk kitaorang strategik. belakang sekali. cikgu-cikgu pun kenal sangat group propah kat belakang. hahaha!

          kalau kitaorang tak seludup makanan dari kantin, kitaorang makan bekal yang dibawa dari rumah. setiap orang ada turn bawak makanan. hahah best gilaa. kadang-kadang ada masa bila sorang pun tak bawak makanan pastu masing-masing kebulur macam apa. and pernah makan satu roti RM 0.70 kongsi bertujuh. hahahah lawak. bila ramai yang bawak makanan (sampai melambak-lambak) sampai kekenyangan. tapi kitaorang tak pernah sekalipun bawa balik bekal berisi. sebelum habis waktu sekolah semua makanan tu confirm abes wehhh. bayangkan pelahapnya kami bertujuh.

  • Bawak handphone
Part ni biasa kan? tapi Ai boleh kata tak pernah bawak phone pergi sekolah melainkan ada event kat sekolah contohnya macam Hari Guru ke. biasanya yang selalu bawak phone, Shida dengan Akem. dorang berdua ni memang expert bab menyorok phone. hahah

          Yang bestnya bila bawak phone, kitaorang akan dengar lagu sambil salin nota kat depan (guna earphone la wehh. share) bila cikgu datang tempat kitaorang, cepat-cepat sorok dalam laci. biasanya Shida la yang paling tak boleh kawal dia punya muka cuakk (dia ni memang tak pandai menipu. hahah) lagi satu kegunaan handphone, bila cikgu paksa buat karangan dan siapkan haritu jugak. kitaorang ni memang  jenis blurr kalau dipaksa buat karangan (padahal dalam exam ok je hahah) kitaorang akan take turn guna handphone untuk cari isi-isi penting. hadoiiiii peangai memasings. hahahah

          
  • Tidur dalam kelas
Yang part ni Shida selalu buat. Ai dengan member-member yang lain tak pernah tidur dalam kelas (sebab tak reti). tapi Shida memang expert gila. tak kiralah subjek apa, kemain nyenyak dia tidur. kadang-kadang, pagi lagi dia dah membuta. biasanya dia tidur waktu Matematik, Fizik (of course) dengan Kimia. aduhaii Shida. pulaktu sekali pun tak pernah tertangkap.

          Disebabkan dia duduk sebelah Ai, so Ai selalu dengki dia setiap kali dia tidur. nanti Ai pinjam sesiapa punya cermin, lepastu Ai reflectkan kat muka Shida kasi orang belakang tengok. hahah time tu tengoklah dia memetirr.. zassss!!

  • Duduk dalam kelas waktu rehat
Seriously kitaorang memang suka sangat duduk dalam kelas. sebabnya kelas kitaorang tingkat 3, malas sangat nak turun. kantin jauh pulak tu. rehat dahla 20 minit je. haihhhh so faham-faham la ye. kadang-kadang kitaorang sampai kena halau dengan pengawas-pengawas. hahaha esoknya, buat lagi hal yang sama.

          Biasanya kitaorang akan buat homework yang tak siap waktu rehat (ok tu biasa. hahaha lagi-lagi subjek Mak Miah (Kimia) dengan Cikgu Syikin (Add Math) kalau tak buat homework, biasalah. kami melantak beramai-ramai. muahahaha!

Tapi tulah kann. bagi Ai, ni semua kenangan. setiap kali berborak dalam group whatsapp, keluar date ke, kitaorang akan refresh refresh dan terus refresh apa yang kitaorang selalu buat masa zaman sekolah tu. memanglah benda yang kita buat tu semua dilarang. tapi kadang-kadang yang dilarang tulah kenangan manis. hahah tapi jangan la buat perkara terlarang macam mencuri ke, membuli ke. uishhhh tu bukan kenangan manis. tu kenangan terburuk. silap hari bulan nama buruk sekali. takmo ehh takmooo~

Comments

Sally Samsaiman said…
kita pengawas, so kita baik sikit la masa sekolah..hahahaha

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka