Assalamualaikum.
Hai. perasan tak yang Ai dah selang-selang taip entri blog? (ke Ai je yang perasan? hahah) kalau ada entri sekalipun, yang pendek je. contohnya macam entri GA. serius Ai sangat penat sampai takde masa nak update entri.
Hari Khamis malam Jumaat haritu, Umi Ai masuk hospital sampai kena tahan wad. yep, sakit umi masih belum baik. tenaga dia semua dah takde T.T malam Khamis haritu ayah bawak umi pergi berubat syifa'. memang ustaz tu akui, umi ada masalah dalaman dan luaran. habistu, tengok umi dah lemah sangat, ayah pun bawaklah pergi hospital. konon nak masuk air je dalam 3/4 botol.
Tapi takkan la sesuka hati je datang cakap nak masukkan air. mestilah doktor nak tau kenapa nak kena masuk air semua kann? cek punya cek, doktor kata kurang garam dalam badan, sel darah merah, sel darah putih semua kurang. air pun kurang. sebab tulah umi sampai pucat lesi. lepastu doktor decide terus kena tahan wad.
3 hari 2 malam umi dekat wad. nasib baik abang Ai ada balik waktu malam yang umi kena tahan tu. so gilir-gilir la jenguk umi dekat hospital. kalau waku siang, Ai dekat rumah, mengemas, basuh baju, basuh pinggan mangkuk, sediakan makanan umi semua. Ayah dengan abang tengok umi kat hospital. bila waktu petang, Ai pulak jaga umi. lap-lap badan umi. teman umi kat hospital. dah pukul 7 malam baru balik rumah.
Malam memang takde sape yang jaga / temankan umi. sebab wad umi tu kongsi dengan 8 lagi pesakit. takdelah sunyi. katil umi pun sebelah je dengan tingkap doktor. memang dekat sangatlah dengan doktor and nurse semua.
Petang semalam, barulah doktor bagitau yang umi dah boleh keluar hospital. tapi doktor ada pesan yang sakit umi tu bila-bila je boleh datang lagi. cuma kena pastikan umi makan ubat, makan, pastu minum air banyak-banyak. lagipun dalam badan umi, masih ada 40% lagi kuman dalam darah. T.T
Pulaktu, hari Selasa ni Ai ada temu duga dekat UPSI. so bila tengok umi sakit, macam hilang dah semua semangat. kalau kata, sampai waktu temu duga, umi masih dekat hospital, memang Ai kena pergi temu duga dengan akak dengan abang ipar Ai.

umi dah kurus sangat. T.T
Pulaktu, hari Selasa ni Ai ada temu duga dekat UPSI. so bila tengok umi sakit, macam hilang dah semua semangat. kalau kata, sampai waktu temu duga, umi masih dekat hospital, memang Ai kena pergi temu duga dengan akak dengan abang ipar Ai.
memang suka sangat bila dapat ni. tapi bila fikir umi masih tak berapa sihat . . .
macam berbelah bagi.
I'll be off untuk 3 hari ni. please korang. doakan yang terbaik untuk umi Ai and Ai. semoga umi cepat sembuh. sihat pastu kuat macam dulu. kalau kata Ai dah sambung belajar nanti, takdelah kerja-kerja kat rumah tu terbengkalai. Dann..... doakan yang terbaik untuk temu duga Ai. pray for me. pray for my umi. :)
Comments
dan smoga ur mom cepat smbuh :)