Assalamualaikum.
Hai. okehh okehh nak sambung travelogue Langkawi Part 2.
Hari Ketiga: 25 Mac 2015 // Rabu
Pagi tu Ai sarapan dekat kedai roti canai seberang jalan dengan motel. dapp dapp. harga pun tak mahal (harga biasa). tengah-tengah breakfast tu, adalah dua orang lelaki Korea datang kedai tu nak breakfast. kebetulan diaorang duduk belakang Ai. Ai dah siap makan, tunggu Umi ngan Maktok je. sambil menunggu tu Ai pandanglah orang Korea berdua ni. diaorang tengah pening nak order makanan. pastu yang sorang ni ternampak Ai. so dia pun senyum. Ai senyum balik sambil tanya "Hanguk saram?" maksudnya "orang Korea?" diaorang berdua punyalah terkejut beruk sampai fikir Ai ni orang Korea. sempatlah jugak bersembang guna bahasa Korea dengan diaorang berdua. nak selfie cam malu jee. ahhaha last-last minta izin pergi.
Lepas sarapan, Ayah bawak pergi Pasir Hitam. mencari ikan kering dan sewaktu dengannya. part tu memang Ai tak ambik port langsung. lepas dah habis shopping ikan masin ikan kering semua tu kita pi shopping baju dengan cenderamata sikit. harga baju-baju dengan cenderamata kat Pasir Hitam memang MURAH GILA!!! kalau nak dibandingkan dengan harga dekat Pantai Cenang tu memang jauh beza wehh. padahal kualiti / jenis baju tu sama je. pelancong memang tak datang situ. sebab tu murah. bagus apa. boleh bershopping dengan harga murah.
Habis bershopping dekat Pasir Hitam, kita ke Pekan Kuah pulak. memang tak sah kan kalau tak beli coklat bila dah sampai Langkawi. dan tempat jual coklat yang murah semestinya di Kompleks HIG (Haji Ismail Group). kompleks tu bersebelahan dengan Hotel HIG. memang banyak GILA coklat kat sana. rambang mata wehh! macam nak beli semua je.
sumber gambar atas ni : Google
dah masuk HIG lupa nak snap. coklat punya pasal.
Cakap je nak coklat jenama apa, dari negara mana? semua ada tau. Malas nak snap gambar banyak-banyak sebab dah tak tahan nak pilih coklat yang berkenan di hati. padahal takdelah beli banyak pun. -,-! kepada kawan-kawanku maafkan aku sebab takde souvinier coklat. kalau hangpa semua nak, mai datang rumah. sekian~ (kes takut bagasi lebih had)
Dah sedap shopping ohorat (coklat), pergi semula dekat tempat cable car. Ayah memang teringin benar nak naik. tak kisah la walaupun Umi, maktok ngan Abah tanak naik. jadinya, Ai dengan Ayah je yang naik cable car. gayat? boleh tahan la wehh. tinggi GILA! hahaha cukup menggeletarkan lutut. tapi Ai takde la sampai nak pitam ke apa ke. still boleh snap gambar dalam cable car tu. boleh je tengok kiri kanan atas bawah. kuikuii..
Tapi, sebelum naik cable car, kita naik Duck Tour dulu. tau tak apa Duck Tour tu? alahhh boat yang boleh jalan atas darat dan dalam laut tu.
ni dia Duck boat tu. bila dia masuk dalam air.. *splashh!*
dalam Duck boat. mestilah selfie sehh.
sepanjang naik Duck boat. kekeke~
dalam cable car. ketinggian berapa kaki taktaulaa.
kalau gayat toksah lah naik. meamng kat situ juga tumbang!
sikit lagi nak sampai hentian pertama. cantiknya laut!!
subhannallah~
dari atas nampak macam brocolli banyak-banyak.
masa ni tak henti-henti selawat. hahah kalau korang pernah naik,
korang taulah apa rasanyaa.
Yeayy! dah sampai puncak. okehh bila nak turun ni? hahaha
turun dari cable car pukul 7. sejam Ai kat atas sana. fuhhh. time to balik Motel!
macam biasa malam tu, makan sate gerai tepi jalan je. kwang kwanggg. yang penting SEDAP.
Hari Keempat: 26 Mac 2015 // Khamis
Pejam celik-pejam celik dah hari last Ai dekat Langkawi. arghh seriously banyak pengalaman menarik. confirm nak pergi lagi. pasni Insya Allah pergi dengan kawan-kawan pulak ke kan?
Pagi tu lepas breakfast kat warung, kita pergi Dataran Lang. of course laa sebab nak berselfie depan replika Helang besar tu. yang jadi mercu tanda Langkawi.
one two three say cheese!
Besaq bakhangg! anjat boboyots!
Dah puas tengok Helang besar, kita pergi Pemandangan Indah pulak. saje capture-capture pemandangan airport kat atas bukit tu. naik naik bukit dia Ya Allah semput. tinggi dan..curam~
selfie dekat Pemandangan Indah
sekitar kawasan Pemandangan Indah.
ada lagi satu nampak airport. tapi kecik sangat laa.
Disebabkan masih ada banyak masa sebelum nak check-out motel, Ayah ajak naik bot pulak. serious best gila naik bot. laju memang laju. bot tu bawak kitaorang pergi Tasik Dayang Bunting, tengok burung Helang, tengok Gunung berbentuk perempuan tidur, last sekali pergi pantai (tak ingat namanya)
angin tepi laut melampau-lampau!
sebelum bot jalan, kita selfie dulu, kang tercampak iPad dalam laut.
ternaik-naik bot. sekali ombak menghempas. perghhhh~
Umi sampai ngadu sakit buntuts. dah naik bot tu wajib pegang tiang
kuat-kuat. tercampak kang payahh (even ada life jacket tetap panik)
setelah setengah jam membelah laut,
sampai Tasik Dayang Bunting.
Helang mencekup kulit ayam.
nilah pantai yang Ai maksudkan tadi.
Pukul 1 lebih check-out motel. lepastu pergi makan tengah hari dekat tepi jalan lagi. kali ni kita pekena rojak Mahsuri. nyamm nyammm. rojak Mahsuri tu dekat kawasan lapangan terbang, tepi pantai :)
Rojak Mahsuri
Perut dah kenyang, kita solat pulak dekat airport. pukul 5.45 petang Ai dah selamat masuk kapal terbang. tengah-tengah duduk tu, tiba-tiba Umi cakap "Eh, Sha tu bukan kawan Korea awak yang semalam ke?" bergegas Ai bangun nak tengok. sekali.. aah laa! oppa semalam!! excited GILA. sebab macam tak sangka satu flight.
Lagi best seat oppa tu belakang seat Ai je. Ai pun apa lagi, tegurlah dia. and and and dia masih ingat Ai. dia cakap "ohh you, girl yesterday morning!!" hahaha ingatkan dah lupa. lepastu sambunglah berborak Korea. siap berselfie (tapi guna handphone dia) dan bertukar akaun facebook. ohh nama dia Lee Sang Hoon.
Masa dah sampai KLIA2 ingatkan berpisah sebab dia dah turun dulu. sekali terjumpa lagi kat tempat claim bagasi (bagasi sampai lambat). hah berborak lagi lah kami. dia pun impressed tak sudah sebab Ai boleh cakap bahasa Korea. dan lagi sekali berselfie. oppa sempat pesan "jumpa lagi dekat Facebook." heheh baiklah Sang Hoon oppa~
ARGHHH muka hodoh amat! sebab dah terlalu penat T.T
okeyy yang baju biru tu Sang Hoon oppa. :D
Akhirnyaaa niat nak berselfie tercapai! memang tak sangka boleh terjumpa lagi.
Hahahahah~
Comments