Skip to main content

Resipi Nasi Goreng Butter

Assalamualaikum.

Hai. kembali melanguk di dapur lepas dah seminggu tak masak. kwang kwang~ setakat masak simple mimple untuk perut sendiri ni boleh la. kalau kata nanti nak bagi si lelaki makan. errrrr.. takpe lambat lagi untuk tu.

          Sebenarnya takda idea nak masak apa. lepastu tengok nasi semalam ada lebih (pulaktu nasi beras basmathi uiii dapp dapp) hapee lagi, mengorak langkah berperang lah di dapur.

Bahan-bahan:

  • sedikit butter (untuk menumis)
  • sebiji telur 
  • bawang merah 
  • bawang putih
  • sedikit garam
  • sos tiram
  • nasi
Cara-cara:

cairkan sedikit butter dan pecahkan telur. gaul sampai jadi scramble egg
dan ketepikan.

tumbuk bawang merah dan bawang putih (tumbuk kawkaw punya kekeke)


cairkan butter dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah
ditumbuk ganas tadi (ganas katakoo)

masukkan garam, sos tiram dan scramble egg tadi.
kacau sehingga rata~

masukkan nasi dan gaul gaul gaul sampai sebati.

gaul dan gaul dengan penuh kasih sayang. wkwkwk 
dengan api sederhana.

siap dimakan! nyammmm sedap!

Tips: kalau nak nasi goreng lagi sedap, biarkan dia 'keep warm' dalam kuali dalam keadaan api kecil sambil gaul-gaul manja. (sambil tu boleh nak sediakan tempat makan ke, basuh pinggan ke, solat ke)

Extra: nasi goreng Ai ni memang togel je. kalau nak lagi best, korang bolehlah letak sayur-sayur kesukaan korang. contoh macam sayur campur ke kann. heww nasi goreng ni pun sesuai untuk budak kecik sebab dia tak pedas.

p/s:  lagi satu yang buat nasi goreng ni rasa umphh sebab tumis dengan butter. walahhh! sampai jilat lutut. hahah





Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...