Skip to main content

My First Instant Camera

Assalamualaikum.

Hai. Ai memang dah lama gila mengidam nak beli instant camera (instax mini 8) sejak form 4 lagi. sebab Ai tengok camera tu cute sangat. dahla dia ada macam-macam colour (pink, putih, hitam, baby blue dan kuning!) lepastu colour dia soft je~ memang sesuai sangat untuk girls macam Ai ni. mueheheh



          Paling terpikat dengan instax ni sebab snap je gambar terus keluar hasil. takpayah dah sibuk nak pegi cuci kat kedai camera. best giloss. pastu dia punya filem omey je. boleh simpan dalam purse (simpan gambar pakwe ke kan. kekeke~)

So haritu Ai pergi vacation kat Langkawi. cakaplah kat Umi nak beli instax. pastu Umi cakap kat ayah (Ai takut sangat ayah tak bagi beli. wahaha) pastu Ayah cakap, nanti beli kat Langkawi. seriously? yeayyy! sampai Langkawi, Ayah drive ke Pekan Kuah. beli la instax kat sanaa.

tadaaa! haruslah kan warna kuning. muehehehe!

         Memula dah survey kat Jetty Point. harga instax tu RM 270. tu tak termasuk dia punya filem. sekotak filem RM 31. Tu pun yang bercorak punya. yang plain dah habis. Umi ngan Ayah tak beli. suh survey kat Pekan Kuah.

Sampai Pekan Kuah harga instax RM 299. yang ni siap dengan filem sekotak (ada 10 keping) malas nak fikir panjang, beli je laaa. akhirnyaa dah dapat dah kamera idaman. mekasih Umi~

Jangan risau kalau kata korang tak reti guna. semua guide dia sediakan.
simple je nak guna instax ni. bab lighting semua dia automatik adjust.

4 keping gambar dah di'snap' 
(lagi satu Ai bagi atuk Ai. nak buat kenangan katanya hee)
Punyalah jimat filem (harga mahal hehe -_-!)

          Tapi tulah. sian baby kuning Ai ni belum ada baju. nanti Ai nak carikan dia baju (instant camera bag) dengan instant film album. nak survey kat mana jual accessories kamera yang murah-murah. ke ada sesiapa yang nak sponser? (hahahah perasan ek ngkoo)


sebelum beli instax, Ai belajar dulu cara nak guna instax melalui video ni. :D


video ni pula cara untuk kita selfie guna instax. daebakk!

p/s: biasanya lepas gambar keluar, kita selalu kipas-kipas dia kan? sebenarnya kita tak boleh kipas-kipas gambar tu sebab mungkin akan merosakkan gambar. so, lepas snap, biarkan je. nanti gambar tu muncul dengan sendiri~

Comments

Amelia said…
comelnya kamera ni :) kaler dia pon sweet je. ada kt whohaa kamera ni rasanya. but byk gila points nya T_T
chingu sebaya - kalau nak tunggu yang Whohaa punya, berjanggut! anak dah berderet points ciput lagi wkwkwk

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka