Skip to main content

Home Made Korean Food: Pajeon

Assalamualaikum.

Hai. Siang tadi Aina dengan Hajar datang rumah Ai. biasalah, 'meminjam' wifi sebab nak kemaskini permohonan UPU. kalau kata dah datang tu, faham-faham je la. memang sampai ke lewat petang melayan movie. tapi petang ni kitaorang layan Running Man.

          Diaorang ni memang selalu je datang rumah semenjak habis SPM ni. dah tak terkira berapa kali diaorang datang. Umi kerja, so biasanya Ai awal-awal pesan kat diaorang, makan kenyang-kenyang dari rumah sebab kat rumah Ai takde makanan best. Ai pun malas ah nak masak. kalau setakat buat air oklaa. hahahah

Tapi harini rasa macam nak bagi something special kat diaorang ni. yelaa, diaorang manalah pernah rasa air tangan Ai (ok tipu, pernah rasa tapi dah lama). So I came out with Pajeon. pancake popular Korea. So.. here it is :D

RESIPI PAJEON

What you need is:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu tepung beras
  • sedikit serbuk kari
  • sedikit garam (ikut raas lidah laa. kalau kuat masin letak lebih sikit huhu)
  • 1 1/2 cawan air (boleh letak sukahati korang. pastikan tekstur barter tu tak terlalu pekat / cair)
  • udang (nak potong boleh, taknak pun ok-kalau stok udang korang banyaklaa)
  • Fishcake (potong freestyle haha)
  • Daun bawang / kucai (lagi banyak lagi best)
  • 2 biji bawang kecil (dicincang halus)
  • 3 biji bawang putih (dicincang halus)
  • beberapa biji cili padi -kalau suka pedas, boleh letak banyak (dipotong freestyle lagi)
  • sebiji telur



jenis tepung yang Ai guna.

serbuk kari dan air

fishcake dan udang yang dah dipotong freestyle


daun bawang, cili padi, bawang putih dan bawang merah pun dipotong freestyle.

sebiji telur. 

What to do:
  • Masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari dan sedikit garam ke dalam bekas dan gaul sehingga rata.
  • Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit dan pecahkan sebiji telur. gaul rata sampai barter jadi macam barter nak goreng cekodok (pastikan, pastikan, pastikan tak terlalu cair atau pekat)
  • Bila dah yakin sebati, korang boleh masukkan udang, fishcake, bawang merah, bawang putih, daun bawang dan cili padi tadi. macam biasa, gaul rata.
  • Panaskan minyak dalam non-stick pan (minyak sikit je ok). bila pan dah panas, korang boleh start tuangkan adunan pajeon tadi.
  • Biarkan sampai dia garing / kekuningan - dalam keadaan api sederhana (jangan lupa palingkan dia)

adunan yang dah dicampur telur

masukkan semua bahan

masa mengoreng hewheww

Tips: nampak tak bentuk pajeon Ai cantik je bulat dia kan? ok, sebenarnya Ai pakai egg ring. sebab tu la bentuk dia cantik je bulat. kalau tak, memang dah herot-berot. hahah

haaa bagi yang taktau macam mana rupa egg ring, ni dia egg ring. :)


dah siap dimakan. licin diaorang makan. sedap lettew. hehehe 
Selamat Mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka