Skip to main content

Bila Taktau Nak Makan Apa

Assalamualaikum.

Hai. rumah Ai memang ada macam-macam jenis makanan yang boleh dimakan. tapi Ai tetap juga takde idea nak makan apa. biasalah kadang-kadang makanan ada depan mata, kita sombong. nak yang lain. bila dah takde time tu la terkulat-kulat. kadang-kadang bila tak sombong, Ai malas nak masak. end up berlapar. dengar je perut ni nyanyi lagu growl. hahahaha.

          So, bila belanja hujung bulan, mulalah cari makanan 'segera' untuk dibuat makan bila taktau nak makan apa. makanan 'segera' yang Ai maksudkan tu bukannya mee segera, fast food semua tu. maksud Ai ialah makanan yang koyak zappp terus makan. takyah nak tunggu nak panaskan kuali la, potong tu potong ni. sebab Ai memang M.A.L.A.S kalau sampai mood rajin mask tu, fuhh zup zas zup zas, lauk special siapp! (perghh dapnyehh)

Haritu masa belanja Ai belilah Nestle Cornflakes Fitness dengan susu HL. so bila taktau nak breakfast or lunch apa, Ai just tuang cornflakes dengan susu dalam mangkuk and makan. as simple as ABC right. kenyang pun kenyang. nasib baik juga Ai jenis yang suka minum susu. sedap sangat! apa jenis susu pun boleh telan (bangga seh dengan diri sendir. kehkehh)



tadaaaaaaa~ padahal takdelah nak fitness sangat hohohoh

          Korang kalau tengah plan nak diet ke apa ke, ha boleh sngat try makan cornflakes ni untuk as your breakfast and dinner. tengah hari boleh makan cam biasa (ikut balanced diet laa) dekat kotak nestle tu ada banyak tips serving dan ada "14 days Fitness Challenge". suggestion recipe pun ada tau. tapi tu kena buka laman web Nestle Fitness . haa korang boleh la try. selain daripada menyihatkan, resipinya pun senang je nak buat. tak ambil masa yang lama pun. heeee


Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka