Assalamualaikum.
tajuk entri tu kelakar betul. memandangkan sekarang aku tengah syok sangat kat Kim Woo Bin, maka terhasillah nama potato wedges Kim Woo Bin. kalau setakat tulis 'resipi potato wedges' macam mainstream sangat. so aku ubah laa sikit.
sekarang tengah cuti lagi (minggu akhir) bolehla aku merajinkan diri masuk dapur. berperang kat situ. haha. kalau hari sekolah, jangan harap aku nak masak.

tadaaa! tudia set lunch aku tengah hari ni dah keluar. tu potato wedges KWB degan nasi goreng berlada.
nasi goreng tu senang je, kisar bawang merah, bawang putih, cili kering. lepastu tumis sampai garing, masuk nasi, gaul-gaul dan siap! hahaha kalau nak letak sayur ke, isi ayam ke, apa ke ikut suka korang.
Resipi Potato Wedges Kim Woo Bin!
Bahan-bahan:
- 3 biji kentang (belah 6)
- 4 sudu tepung gandum
- 1/2 sudu besar marjerin
- garam (ikut rasa)
- sedikit pewarna kuning
- serbuk lada hitam (ikut suka)
- serbuk kari (ikut suka)
- serbuk cili (ikut suka)
- air (barter mestilah tak terlalu cair atau pekat)
Cara-cara:
- Basuh kentang sehingga bersih dan toskan
- rebus kentang sehingga separuh empuk
- masukkan tepung gandum, marjerin garam, pewarna, serbuk lada hitam, kari dan cili dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati. kemudian tuangkan air.
- kisar (blender) barter yang telah sebati tadi supaya menjadi lebih halus
- toskan kentang separuh empuk tadi
- setelah sejuk belah menjadi 6 bahagian
- panaskan minyak
- celupkan kentang tadi ke dalam adunan barter tadi
- setelah minyak panas, goreng sehingga warna kekuningan
- siap dihidang!
rebus kentang dulu
adunan barter
siap potong
tengah goreng
kuning warna febret saya
selamat mencuba! :)
Comments