Skip to main content

Kejohanan Sukan & Balapan SMKBP Segamat

Assalamualaikum.

          semalam merupakan hari sukan sekolah saya. ohh yeayy happynya. tapi awal pagi tu agak shock jugakla sebab tiba-tiba dapat tau yang semalam cuti umum bagi negeri Johor. and I was like heyy kenapa pulak kena cuti? ada ape yang berlaku? rupa-rupanya JDT menang bola sepak malam tadi (nehh nampak sangat tak support bola. kahkahh)


nasib baikla ayah call Pengetua, and Pengetua cakap hari sukan diteruskan macam biasa dan cuti hari semalam akan diganti pada hari lain. ohh rasa nak lompat kat situ jugak! kecewa jugaklaa kalau batal cenggitu jek. dahlah tahun ni tahun terakhir kat sekolah tu. sobs sobs. pulak tu saya merupakan watak penting tau (pemegang sepanduk Puteri Islam) :)


          Acara pagi tu dimulakan dengan persembahan silat. gambar tak diambil sebab masih dalam barisan. lepas silat, upacara perbarisan masuk padang pun bermula. nervous gilalah. dahla tempat depan sekali. dah rasa macam 'tour guide' je. 



Perbarisan rumah Alfa


Perbarisan rumah sukan Gamma

Rumah sukan Omega (rumah sukan saya!)

                                     
Rumah sukan Beta

Aihh comelnya maskot rumah sukan Omega ni

Lepas upacara perbarisan masuk padang, dengar Pengetua berucap lepastu Pengerusi PIBG berucap dan seterusnya bacaan ikrar oleh Adib (atlet angkat berat). lepastu upacara menaikkan bendera kejohanan (Alex (Pengakap), Raqib (Kadet Polis), Jia Qing (ST John) and Wai Ming(KRS) ). leopastu dah habis tu semua barulah upacara keluar baris. 

Baca ikrar

Pemegang-pemegang bendera kejohanan

budak bendera lagi. (suka ambik gambar mereka. hahahahttp://matcuoi.com.
ni gambar masa dah majlis penutup. penyerahan semula 
bendera kejohanan.
         
           entah pukul berapa saya tak ingat, barulah mula acara larian (taktau yang berapa meter punya). orang tengah sibuk jerit-jerit bagi sokongan, saya and the chingus sibuk berselfie dan berlegar-legar ke khemah-khemah rumah sukan. hahaha. memandangkan ni merupakan tahun terakhir, kenalah ambik gambar bebanyak. 

this is Ain and Hajar 

Khemah rumah Gamma

okehh ini gang Puteri Islam. kalau kitaorang berjalan 
mesti dalam group. tak kiralah pergi mana sekalipun (kadang-kadang
rasa macam group budak gengster).lepak pun sama-sama
study pun sama-sama. ni baru 4 orang, lagi 4 orang entah ke mana.http://matcuoi.com 

Khemah rumah sukan Omega :*

Me and Akem. muka masing-masing dah sunburn.
gara-gara perbarisan. sabar ye muka. berapa bulan je lagi.
lepas sekolah kita buat treatment. XD

Budak jual aiskrim. beria suruh kitaorang beli aiskrim.
hahaha, kalau Alex yang suruh baru kitaorang beli eh? ;D


Acara lari.

antara hadntariah-hadiah yang menanti pemiliknya. cewahhh.

Spongebob perempuan ni pakai skirt kain langsir ke? 
alahaiii. layankan je. haha

impian terlaksana untuk bergambar dengan maskot
rumah sukan sendiri. 

rasa bangga gila sebagai atlet rumah Omega kerana telah berjaya membolot semua jenis kategori dan menjadi Johan keseluruhan bagi hari sukan tahun ni. yeayyy tahniah Omega!! walaupun sibuk uruskan Puteri Islam, Omega tetap di hati. cewahhh. dua tahun tau aim Johan. dulu masa form 1 and form 2 pun Omega juara. tapi masuk form 3 and form 4 dah tempat kedua dan akhirnya tahun ni juara lagii. yeayyyy *lompat lompat lompat*

          hopefully junior tahun depan buat yang terbaik untuk Omega dan yang paling penting untuk Puteri Islam. tolong cergas sikit ye. Puteri Islam tak pernah dapat no.1. so please lah junior-junior rajin-rajinkan diri join Koku ni. (pesanan daripada akak-akak Form 5. :)





Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...