Skip to main content

Tips Penjagaan Kulit Muka

Assalamualaikum.

          pada malam Selasa yang sejuk gila ni, tetiba muncul pula idea nak tulis entri untuk penjagaan kulit. ewahh, macamlah kulit kau tu lawa sangat. siap nak buat tips-tips bagai. errr, ya ya memangla kulit muka aku tak segebus, secantiks dan seputihs kulit macam koraangg. tapi saje je nak share. kalau rasa nak ikut, dipersilakan. kalau taknak, suka hati korang lah kan?


tips ni sebenarnya, aku yang reka sendiri. muehehe. nampak sangat duduk rumah takda kerja. tapii takyah la risau. aku gunakan bahan yang paling mudah dan ringkas. nak dapat pun senang je wehh. sebab kenapa aku tiba-tiba nak buat tips sendiri ni sebab aku kesian dekat pokok aloe vera kat depan rumah tu jarang diguna. sampai setiap batang aloe tu mati kering camtu je. jadi, harini aku manfaatkan lah pokok aloe vera tu untuk muka aku yang tak lawa ni. hahah


what you need is:

1. Fresh Aloe Vera
        sebatang aloe vera ni pun dah mencukupi untuk beberapa hari. bergantung pada saiz aloe vera korang. aloe vera aku besar-besar dan panjang. so sebatang tu aku pakai lama sikit la. 

2. Herbalife Facial Scrub

          facial scrub ni memang aku amalkan pakai setiap hari. cause this is my everyday facial cleanser. kalau korang takda pencuci muka ni, korang boleh pakai je pencuci muka yang korang selalu pakai. tapi kalau nak best result seeloknya pakai yang ni lah. hhe sempat promote! 

3. Herbalife Face Quencher


          ini diaa favourite item aku dah keluar. setiap hari aku akan sembur benda alah ni dekat muka. lepas mandi dan juga lepas solat. quencher ni aku selalu bawak pergi mana-mana kecuali dekat sekolah lahh. (nanti kena rampas,cikgu pulak sibuk menyembur kat muka dia. haha). benda ni memang selalu ada dalam beg aku. fungsi dia, melembapkan kulit muka, elakkan mekap cair dan yang paling penting, menyejukkan kulit muka kita. :) kalau aku malas nak berbedak bila keluar rumah, aku sembur je quencher ni kat muka. pun bolehhh.

4. Herbalife Soothing Gel


          ni pun favourite item aku juga. tapi jatuh nombor 2. hhe. soothing gel ni pun aku selalu bawak ke mana-mana. especially bila pergi holiday. kita taktau kan apa akan jadi? tercedera ke apa ke? so soothing gel ni amat penting. wanna know more about soothing gel? boleh baca dekat entri aku yang lepas.

Method:
- sejurus bangun je tidur, sapu Fresh Aloe Vera dekat muka. before sapu tu,kerat lah dulu aloe veranya. lendir-lendir aloe vera tu sapukan dekat seluruh muka. sapu rata-rata. ok? point penting JANGAN BASUH MUKA sebelum sapu aloe vera ni. kalau ada air liur basi terlekat pun, pi lantak, jangan cuci. (but aku tak camtu ok). :P tunggu aloe vera tu sampai betul-betul kering barulah korang boleh mandi. perap muka tu habis-habisan. 

- lepas aloe vera tu dah betul-betul kering barulah korang boleh cuci muka sebersih-bersihnya dengan facial scrub tadi. kalau takda, macam yang aku cakap tadi, boleh je guna pencuci muka sendirian berhad korang tu. tiada paksaan di sini. hanya sekadar mempromote. hheh.

-  lepas dah cuci muka tu bersih-bersih. barulah sembur face quencher tadi. eh eh jap, jangan lupa lap dulu muka tu baru sembur face quencher. err, macam mana pulak kalau korang takda face quencher? jangan risau, kalau takda korang boleh gantikan face quencher tu dengan toner sendirian berhad korang tu. alahh buat apa susah-susah fikir? take it easy bebehh.

- last but not least, bila muka dah betul-betul kering lepas sembur quencher or sapu toner tadi, barulahh korang boleh sapu soothing gel tu tadi. bagi kamu kamu kamu yang takda soothing gel tu takpaa. korang sapulah muka korang dengan krim muka yang ada dekat rumah korang tuu. 

          macam mana? ok takk tips? kalau nak tau, silalah cuba. confirm lepas ni kulit korang korang korang lebih gebusss dan lembapsss. like me. ehh? hahaha perasan pulakkk. kalau nak cepat gebuss, kenalah ulang step ni setiap hari. ulang suara, SETIAP HARI. anyway, selamat mencuba! 



    

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka