Skip to main content

The Best Babysitter

Assalamualaikum.

          hamboii tajukk. macam dah beranak 10. haha pandai sangat ke kau bab-bab anak ni? asal budak melalak sikit, body temperature kau dah naik. ok, entri ni sebenarnya aku tulis untuk kakak ku tersayang. kakak aku memang agak choosy sikit kalau bab-bab cari pengasuh ni. yelahh siapa tak sayang anak? and of course sebagai ibu, semua nak yang terbaik untuk anak diaorang kan? yang paling penting anak tu dijaga rapi. as we know, sekarang ni macam-macam kes tak elok yang jadi pada budak-budak yang dijaga pengasuh. that's why kakak aku kalau boleh dia nak cari the best babysitter yang boleh jaga anak sedara aku dengan baik. yang takkan dera Thaqif (anak sedara) kalau dia buat hal. 

jadi dekat sini aku nak kongsi sikit beberapa tips untuk memilih pengasuh untuk anak-anak. harap boleh dipraktikkan nanti. :)

TIPS MEMILIH PENGASUH ANAK

- First Impression Terhadap Pengasuh

      Cuba tengok cara sambutan pengasuh tu terhadap kita dan anak. kalau dia suka, mesti dia cepat-cepat nak pegang anak kita, tanya siapa nama or whatever yang menunjukkan reaksi positif. tapi, hati-hati mungkin ada antara diorang yang cuma berlakon baik. so, kena tengok betul-betul.

- Keadaan Rumah Pengasuh

     Masuk rumah pengasuh dan tengok keadaan rumah dia. bersih ke tak? kalau bersih, kemas nampak sangat dia memang seorang yang bertanggangungjawab dan menjaga kebersihan. tapi kalau rumah macam tongkang pecah (bersepah, lantai kotor, berbau) janganlah hantar anak kita kat situ. kalau rumah sendiri pun tak pandai jaga, inikan pula nak jaga anak orang.

- Latar Keluarga Pengasuh

     Usya-usya lah sikit ahli keluarga pengasuh tu. selidik macam mana suami dan anak-anak dia. kalau boleh carilah dari kalangan keluarga yang baik-baik. yang jaga solat, berbudi bahasa. Insya Allah anak-anak pun membesar jadi orang baik. agak-agak family dia jenis tak bersopan santun, tak payah ler hantar. nanti anak kita pun terjebak dengan nilai negatif pulaa. 

- Berbincang Dengan Pengasuh

     ni part yang paling penting. sebagai ibu, kita lebih tahu dan lebih kenal anak kita macam mana. jadi, sebelum nak serahkan anak dekat pengasuh tu mesti kita nak pengasuh tu tahu beberapa rules kan? contohnya, cakap yang anak kita tu tak boleh minum susu jenama ni. nanti kena alahan dan sebagainya. jadi pengasuh tu akan faham ohh macam tu rupanya. tapi kalau boleh janganlah letak peraturan yang pelik-pelik yang boleh menyusahkan pengasuh tu. dan kalau ada  kerja overtime ke ada hal ke, cepat-cepatlah bagitahu pengasuh tu dulu. manalah tahu takut pengasuh tu ada hal ke apa ke. masing-masing kenalah bagi kompromi. 

p/s: semoga tips yang tak seberapa ni akan membantu parents di luar sanaaa. 








Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka