Skip to main content

Gempak Starz Comic Fiesta 2013 is coming!

Assalamualaikum.

          sape dekat sini peminat tegar komik Gempak Starz? yeahh so do I. aku mula baca komik ni start umur aku 7 tahun. semuanya gara-gara pengaruh abang aku yang suka sangat beli komik Gempak Starz ni. setiap kali dia dah habis baca, aku pulak akan baca komik awesome nihh. take turn. ngehhh . even sampai sekarang pun aku ngan abang aku still gak baca komik ni. terbaikk. 


antara komik yang pernah aku baca. :)

baru-baru ni pihak Gempak Starz ada umumkan yang diorang akan buat comic fiesta pada 21 & 22 Disember 2013 ni, bertempat di KLCC Convention Centre. katanya, ada banyak aktiviti-aktiviti meletoppss untuk para kipas-susah-mati (fans diorang maybe?) Gempak Starz tahun ni. gempak ke takk? dan program ini berlangsung bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. jadi korang ada masa 12 jam untuk beramah mesra bersama para artis komik kegemaran korang dan bermain games dengan diaorang :D.


          seramai 25 orang artis komik Gempak Starz yang akan berada di booth seperti Clowx, Keth, Zint, Kaoru dan ramai lagi. kalau nak tahu, kenalah pergi. ok? mereka akan bersama-sama dengan korang membentangkan Satu Wawasan Bersepadu di booth Gempak Starz semasa CF. wahh bestnyaa! 

berita baik untuk semua fans Gempak Starz (kipas-susah-mati), terdapat Limited Edition Merchandise Gempak Starz yang hanya dijual di Comic Fiesta 2013! semasa fiesta tersebut berlangsung, pihak Gempak Starz akan menjual barangan edisi terhad seperti Artbook, T-shirt, badges dan banyak lagi! selain itu,semua buku-buku yang baru  juga ada dijual. seperti Under 18, Lawak Kampus, Shabu-Shabu dan lain-lain lagi. semuanya versi baru-baru belaka. jadi korang janganlah lepaskan peluang keemasan ni. grab it now. pastikan temu janji korang dengan Gempak Starz di Hall 2, KLCC Convention Centre. 

di bawah ni aku ada selitkan senarai harga barangan Gempak Starz supaya korang lebih bersedia dan bawa duit secukupnya. kalau tak cukup nanti, tak dapat nak beli. rugilah nantii :( 

  • Artbokk (campur karya daripada semua artis), RM 35
  • T-shirt, RM 30
  • Mug, Rm 20
  • Poster A3 (with signature), RM 25
  • Button Badge, RM 8
  • Folder, RM 10
    untuk makluman lanjut, bolehlah korang layari laman fb Gempak Starz fb :)





Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka