Skip to main content

Exo Showtime !

Assalamualaikum.

          bagi peminat setia kpop, mesti korang kenal EXO kan? salah satu boy group yang baru debut tahun lepas di bawah syarikat SM Town. tipulaa kalau kata diaorang tu tak handsome, cute and so on. ehh puji lebih lebih pulakk. ya sejujurnya aku peminat setia EXO. haha. 

baru-baru ni. EXO ada terbitkan satu variety show yang bertajuk 'Exo Showtime'. siapa tahu tentang rancangan ni? kalau tanya peminat setia kpop dan peminat Exo dah tentulah diaorang tau kann? macam akuu. kehkehh. 


          apa yang best sangat tentang rancangan 'Exo Showtime' ni? haa meh aku story sikit. rancangan ni diterbitkan khas untuk group EXO ni, untuk memberi peluang kepada para peminat EXO mengetahui tentang diri sebenar setiap ahli EXO, apa yang EXO selalu buat lepas habis schedule, apa makanan kegemaran diaorang, macam mana rupa tempat tinggal diaorang and so on. jadii rancangan ni memang sesuai sangat untuk peminat fanatik EXO. 

bagi diri aku sendiri, aku tengok rancangan ni sebab aku memang peminat EXO. tu sebab utamalah kan. sebab lain, aku rasa rancangan ni best. boleh buat aku gelakk. 'Exo Showtime' ni dah jadi salah satu rancangan ''wajib'' tonton setiap kali aku online. biasanya aku tengok rancangan ni setiap hari Jumaat, dekat youtube. kenapa hari Jumaat? ok I'll explain.

     'Exo Showtime' ni sebenarnya rancangan baru. baru 3 episod. cerita ni disiarkan setiap hari Khamis bermula 28 Nov 2013. jadinya, rancangan ni disiarkan dulu di Korea sebelum diaorang publish dekat youtube. lagipun, untuk aku yang masih tak faham bahasa Korea ni, perlukan subtittle. jadinya, rancangan ni akan disiarkan di youtube pada keesokkan harinya (Jumaat), berserta dengan eng subtittle. 

dekat bawah ni aku ada sediakan 'Exo Showtime' teaser. mana tahu, dengan tengok teaser ni, hati korang akan terbuka nak tengok rancangan tv EXO yang best ni? dan kalau korang nak info lebih banyak tentang rancangan ni, boleh la tengok dekat Exo's Showtime ni hhe . selamat menonton :) 


Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka