Skip to main content

Bila Aishah buat kek!

Assalamualaikum.

          bukak-bukak je fb, twitter and instagram harini, semua sibuk dok cakap pasal tarikh 'istimewa' ni. tarikh 11/12/13 . bagi aku biasa je takda benda special pun yang jadi. takdalah tiba-tiba langit harini jadi kaler hijau pulak kan? bagi aku, tarikh tu cuma cantik susunan nombornya. itu jee. :3 tapi untuk sesetengah orang anggap tu satu tarikh yang special sebab tarikh ni merupakan tarikh terakhir dengan tiga nombor yang lengkap. mungkinnn. 



baiklahh berbalik pada tajuk. eh? Aishah buat kek? serious talk? haha betullahhh ingat aku memain ke. ini merupakan satu fakta yang tak boleh disangkal lagi. (adoii merepek pulakk). aku memang suka masak pun. lagi-lagi bila part buat kek. aku pun taktau kenapa. haha. kalau aku nampak mak aku dah keluarakn butter daripada peti ais, confirm-confirmlah mak aku nak buat kek. time tu aku la orang pertama yang dah tersembul dekat dapur tuuu.

          tak kiralah apa jenis kek pun yang mak aku nak buat, aku mesti join. mesti punyalah. kalau aku takda, kek tu takkan menjadi. (amboiii panda-pandai je buat ceritaa). hahaaa. bagi aku memasak ni memang satu terapi dan juga satu kepuasan. lagi-lagi bila ada orang yang sudi makan masakan kita tu. hhe kalau dapat pujiann lagi kembang semangkuk lah akuu. haha
harini mak aku bercadang nak buat kek biasa je. err dalam erti kata yang mudah ''kek bodoh''. kek yang paling simple. takda guna bahan-bahan berat pun. dannn aku akan selitkan sikit resipi kat bawah tuu. hehh  :D

what you need is:
1. sebuku butter
2. satu cawan gula
3. 6 biji telur
4. 1 sudu kecil esen vanilla/ serbuk vanila
5. 6 biji telur (supaya lebih gebu)
6. satu cawan tepung gandum
7. satu cawan tepung naik sendiri
8. pewarna (ikut suka hati korang)

method:
- pukul butter dan gula sampai kembang (jadi warna putih)
- lepas tu masukkan telur (masukkan satu-satu. jangan masukkan sekali gus) diikuti denagn esen vanilla
- gaul sampai rata. then masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. dan diikuti dengan tepung naik sendiri
- again, gaul sampai rata. bila dah rata, baru masukkan pewarna
- lengserkan loyang dengan butter atau planta
- masukkan adunan tadi dalam loyang dan bakar sampai masak.

lepas dah ikut step ni, siapalh kek koranggg. nanti tinggal ngap je! confirm sedapp. kat bawah ni aku ada selitkan beberapa gambar masa aku buat kek tadi. silalah tengokk :)


inilah dia rupa kek aku. tapi ni versi belum masak. ya ya presentation memang hancuss. aku tak suka buat kek yang bercolourful macam ni. haa ni lah jadinyaa. hodoh betul. kepada bakal mak mertua pada masa hadapan, tolong faham keadaan saya. hahaha. walaupun presentation burukk, rasa sedapp. saya jamin itu. (lebih jeee :3)


masa kek dah fully masak, ginilah rupanyaaa. macam yang aku cakap tadi, biar buruk rupa asalkan rasa sedap. kalau rupa cantik rasa tak sedap pun tak guna kan? ok taknak cakap banyak. biar gambar menceritakan segala galanya. :) see you next time. 

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka