Hi.
Satu benda yang aku tak pernah buat sepanjang proses manjadi dewasa. Main bowling. Ya, betul tiada pendedahan tentang perkara itew dalam hidup aku. Lagipun pusat bowling dekat Segamat pun aku taktau dekat mana. Kawan-kawan lain pula bukan jenis minat main bowling sangat. Kot.
Sejak duduk Shah Alam ni pandai dah pergi main bowling. Salahkan Nuna dengan Adib. Sebab diaorang yang ajar aku. Seumur hidup aku memang tak pernah pegang bola bowling. Apatah lagi nak pergi main kan? Thanks to them I learned new experience here in Shah Alam.
Kali pertama main, noob teruk. Asyik kalah je bola masuk longkang. Sampai rasa give up. Oh tapi tidak ya. Game kedua aku bangkit dengan skor yang lebih tinggi gitew. Mungkin dah dapat 'feel' kot. Sekarang? Jangan cakap laa dah pandai okay. Dah boleh score 100 keatas.
Disebabkan dah dapat 'feel' main bowling tu. Sekarang ni jangan sesiapa ajak aku main bowling, sebab sentiasa Onz. Siapa expect aku dah ketagih main bowling sekarang? Dapat pula main dengan harga student, memang tak cukup la satu game. Boleh main sampai tangan tercabut kot. Okla can consider as one of exercise? Kot.
Oh lupa nak cakap, port main bowling kitaorang dekat Setia City Mall. Setakat ni satu tu je la tempat yang kitaorang tau dan murah (student budget). So, next game bila?
Comments