Skip to main content

Interview Degree Masscom: Advertising

Hi.

Entri kali ni nak kongsi sikit pengalaman temu duga untuk degree Masscomm. Aku ambil penerapan dari diploma. Sekarang ni, tengah semester 5 diploma Masscomm (ya tak habis diploma lagi TT). Bagi yang tak tau, kalau penerapan daripada diploma (dari kos yang sama) nanti bila masuk degree korang akan terus masuk Sem 2. Bukan mula daripada semester 1. Melainkan kalau korang dari diploma atau universiti yang lain nak masuk Masscomm, korang kena mula dari semester 1 untuk belajar benda asas Masscomm.



Ok, long story short.

23/12/2018 (Ahad), UiTM Pasir Gudang.

Hari yang paling aku berdebar sebab nak interview. Sebab aku masih ragu-ragu sama ada nak ambil Journalism ataupun Advertising. Hati aku dekat Journalism tapi Advertising pun ok apa? Jadi setelah membaca segala bagai sumber, aku pilih Advertising sebagai pilihan pertama.

Temu duga bermula pukul 8.30 pagi. Macam biasa, sama macam diploma, temu duga dimulai dengan menjawab soalan essay selama 1 jam. Tajuk yang dapat sama je macam interview senior-senior lain yang dah lepas.


"Explain the role of mass media in nation development"


Soalan essay perlulah dijawab dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Sebanyak 250 patah perkataan mengikut kreativiti dan ilmu yang ada di dada masing-masing. I'm not gonna give you the answer ok. Sila Google. Hihihi~

Sebenarnya tak ramai pun yang datang interview tu. Dalam 20+ orang (untuk calon yang dari negeri Johor sahaja). Tapi, walaupun tak ramai, dekat pukul 1 jugak baru nama aku kena panggil untuk sesi temu duga lisan. Sebabnya nama aku mula daripada S. Panggil nama randomly lagi better kot?

Masuk je bilik panel, macam biasa bagi la segala dokumen yang diminta dan pastikan semua salinan dokumen telah disahkan ok? Soalan pertama, biasalah "introduce yourself". Yang tu pandai-pandai la korang goreng dia. Anggap je macam korang nak 'jual' diri korang. Bagitau semua kelebihan yang korang ada. Tapi, jawapan mestilah sepenuhnya berbahasa Inggeris.

Tapi panel aku jahat tau, dia sengaja soal dalam dua bahasa. Tapi takpe, sis tak goyang. Masih menjawab dalam English sebaik mungkin.

Soalan pertama, "Why did you choose Advertising?"

Part ni goreng la sehabis baik pastikan logikla kenapa korang pilih choice tu sebagai pilihan pertama.

Lepastu dia shoot aku dengan soalan kedua. "Wow, you are the first person I see who got A in Journalism, but why did you choose Journalism as your second choice?"

Dia tembak okk. Sejujurnya hati aku ada pada Journalism. Tapi aku jenis yang tak suka work under pressure. Macam tu la jawapan aku lebih kurang.

Dia tanya lagi. "So, are you sure kalau pilih Advertising tak work under pressure and kerja office hour?"

Masa ni aku dah macam blank. Tapi takpe, aku still ada point nak cakap yang aku nak jugak Advertising no matter what.

"Tapi sekarang, banyak produk-produk yang dah tak perlukan Advertising agency. Contoh macam D'Herbs sendiri, menggunakan talent sendiri tanpa advertising agency. So macam mana?"

Okla betul juga apa yang dia cakap tu. Tapi syarikat-syarikat besar macam Samsung, Google semua tu masih memerlukan advertising agency dan orang-orang yang expert dalam bidang advertising sebab dia nak masukkan value proposition towards their target audience. (Masih mampu nak lawan hujah dia).

Ok lepastu dia pindah kat soalan lain. "You pun dapat A untuk your subject Publishing. Tapi kenapa letak Publishing as your fourth choice?"

Boleh stop kot tanya soalan berdasarkan result aku. First thing first aku cerita la yang masa semester 4 aku ada pergi Karangkraf untuk assignment Publishing. Tapi, banyak majalah-majalah dan ada juga beberapa syarikat printing yang dah shut down. Jadi aku rasa macam mungkin lagi 10-15 tahun lagi Publishing ni macam dah tak valid?

Tapi dia cakap "We still have online magazine. Tapi sebenarnya dia depends pada diri you. So I nak tanya you, you kalau baca buku prefer online atau real book?"

Eh of course real book! Sakit mata kot kalau baca yang electronic punya.

Dia balas balik, "So, how you boleh kata Publishing is not valid lagi untuk masa depan? You tak sepatutnya fikir macam tu ok?"

Aikk kena balik? Tu pendapat aku je. Hmm.. Ok takpe, sebabkan dia panel mestilah dia paling betul (obviously).

Last soalan, "Jadi kenapa you pilih Advertising, Journalism & Broadcasting as your top 3 choice?"

Sebab, aku sebenarnya ada hasrat dan impian untuk enter market dekat luar negara tak kiralah untuk sambung belajar ataupun bekerja. So, aku dah buat research, kebanyakan universiti yang menawarkan kos Masscomm dia cuma ada empat major utama iaitu Journalism, Advertising, Public Relation & Broadcasting. Jadi aku fikir, mungkin empat benda ni masih relevan lagi untuk jangka masa panjang sebab it's an evolving industry.

Agaknya dia macam puas hati kot dengan jawapan aku. So interview aku berakhir dengan begitu sahaja. Tak ada soalan tentang isu semasa. Tapi tapi tapi, prepare je ok tentang hal isu semasa, lagi-lagi kalau korang nak ambil Journalism ataupun Public Relation. Semoga entri ni dapat membantu korang yang nak pergi interview. Good luck!

I'll think that this entri will blow up. So any question, you can hit me up at email.
email: aeshahbadrul@gmail.com

Comments

Unknown said…
I’m doing a research about advertising course in Masscom in uitm n still confuse nak amik PR or advertising bcz advertising quite looks good for me since i invloved in 2 marketing focused job before but my senior took PR hmmm but I guess jus follow your heart right? Dont follow other ppl since we all human that have diff personality n identity so yeah im gonna go with advertising. Thank you sis 4 the infos and may u have a good day🌤

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...