Skip to main content

Pentingnya Menggunakan Skincare yang Sesuai dan Teratur

Assalamualaikum.

Tengah hari tadi ada insiden berlaku dekat kawasan rumah aku. Ada insiden nahas payung terjun. Individu tu jatuh atas bumbung rumah jiran aku. Ya, kawasan rumah aku ada tempat main payung terjun, ada tempat golf semua. Macam kawasan perumahan elit kan? Heh. 

Nak dijadikan cerita tengah hari tadi tiba-tiba takde letrik kat kawasan rumah aku tu. Sebelum bekalan letrik terputus, ada satu bunyi dentuman. Tapi biasa la ingat takde apa. Lepas tu ada kecoh-kecoh pulak orang kat depan rumah. Rupanya ada orang tengah main payung terjun (main ke praktis taktau ler) jatuh atas bumbung rumah jiran. Lepastu terkena wayar letrik, tu yang terputus bekalan letrik. Masak ler takde letrik petang tadi. Oh jangan risau, alhamdulillah individu tadi masih bernyawa, cuma cedera (terjatuh dari atas kot). Jatuh katil pun sakit oi, lagilah jatuh dari langit. 

Ok sekian je berita mini dari aku. Content entri harini bukan nak cakap pasal payung terjun tapi saje la nak share aku punya latest skincare journey. Aku makin puas hati dengan keadaan kulit muka aku. Sebab aku rasa aku dah jumpa skincare yang  sesuai dengan kulit muka aku. Baru sekarang aku sedar kepentingan moisturizer, scrub, mask bla bla bla semua tu. Dengan skincare yang betul dan rutin yang betul boleh improve kan kulit kita. Tak kira brand apa pun yang korang pakai ikut kesesuaian kulit. Taklah kata kulit aku dah flawless. Tapi better dari dulu. Sebab dulu kulit muka aku agak teruk. Zaman sekolah ada jerawat batu suka tumbuh. Habis sekolah, parut jerawat susah nak hilang dengan jerawat pasir mula tumbuh kat dahi. Stress tau! Tapi jujur sebab dulu aku sekadar cuci muka dah settle. Tapi lepas aku ikut step pakai benda lain jugak, kulit aku banyak gila improve. 

1. Cleanser


Obviously, pencuci muka paling penting. Kalau badan ada sabun, muka pun ada sabun dia sendiri tau. Kalau orang kata tak cuci muka pun dah flawless, menipu. Kalau untuk aku, benda tu tak berkesan, sebab kalau tak cuci muka, muka aku macam berjelaga (hitam berkepuh macam orang kerja kampung). Nak pilih pencuci muka, ikutlah jenis muka korang dry ke, combination skin ke, oily skin ke. Suka hati. Aku pakai Nano White sebab sesuai dengan aku. Jangan pulak lepas baca ni, kau cakap tak elok pun pakai Nano White, kulit breakout la, jerawat la, kasar la. Itu kulit korang. Lain orang lain jenis kulit, lain jenis produk. Paham? Satu lagi nak bagitahu, pilih skincare ni dia macam try and error sampai la kau jumpa produk yang sesuai untuk muka korang. Ya ya, banyak duit untuk dilabur. Berkorban la sikit. 

2. Mist spray / Toner

Muka haruslah sentiasa segar. Aku tak pakai toner. Tapi aku gantikan dengan spray muka. Spray muka Nano White ni best sebab dia economic gila, boleh jadi toner, boleh jadi makeup spray juga ataupun setting spray. 

3. Night cream


Untuk malam aku akan apply sleeping essence (Nano White). Ok yang ni best gila. Bangun pagi je kulit rasa lembut dan licin habis. Yang ni korang boleh la pakai night cream ke apa ke. Ikut kesesuaian. Yang penting memang kena pakai something sebab waktu malam la sel-sel ni nak repair kulit tu.

4. Moisturizer



Ni pun sangat penting lepas cuci muka. Wajib pakai tak kira la muka korang jenis apa pun. Sebab dia membantu melembutkan balik kulit. Sebab pencuci muka ada buih kan, buih tu sifat membersihkan kulit dan dalam masa yang sama dia mengeringkan kulit juga. So kena pakai moisturizer ok? Aku pakai Neutrogena sebab tekstur dia lightweight. 


5. Scrub

Lagi benda wajib. Scrub sangat wajib untuk deep cleansing, buang sel kulit mati, buang daki buang blackhead whitehead semua tu. Tak payah pakai hari-hari. Seminggu 1-2 kali dah cukup. Asalkan pakai. Aku biasa pakai seminggu sekali je. Macam biasa pilih brand yang sesuai dengan muka dan kalau boleh pilih beads moderate atau halus. Jangan beli yang beads kasar tu, sebab kulit kita ni halus je walaupun berkarah. Beli yang kasar tu kau nak sagat kulit ke apa?


6.  Clay Mask

Ah yang ni best gila. Aku suka gila bila sampai hari aku nak berclay mask ni. Clay mask ni banyak bantu improve kan kulit aku. Sejak pakai clay mask, kulit aku kurang berminyak. Lepastu yang lagi best, jerawat terus kecut. Biasalah kalau aku dekat nak period jerawat tumbuh. Sebelum tidur aku akan tepek clay mask. Bangun esok pagi jerawat dah kecut, lusanya jerawat hilang TANPA MENINGGALKAN PARUT.  Point dia kat sini, clay mask tu penting dan bagus untuk kulit (lagi-lagi yang berminyak). Aku taknak kupas panjang pasal brand ni sebab ni bukan entri review. Kalau nak aku review, tunggu entri lain (tu pun kalau korang nak aku review la eh). 

Ni aku share skincare rutin yang paling basic je tau. Tak masuk lagi masker, serum, peel of mask semua tu. Tu sampingan. Oh lupa, sunscreen pun penting. Tapi aku tak letak sebab moisturizer aku dah ada sunscreen. Jadi setakat ni je entri kali ni. 


Terima kasih sudi baca. :)


Comments

Amelia said…
Lama x singgah :)
Ehhh lama la tak nampak! Dah jarang bukak blog ke?
Amelia said…
Hahaha bukan jarang bukak blog dah. Dah tutup dah blog tu. I think kalau nk berblog lagi pon maybe saya buat blog baru je kot. Kadang2 saya baca jugak blog2 yg saya selalu singgah dulu. ^^

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...