Skip to main content

Product Review : Turmeric Face Soap

Assalamualaikum.

Hai.

Baru-baru ni viral tentang produk yang mengandungi Paraben kan? Tak kiralah deodorant, pencuci muka, lotion, syampu dan banyak lagi. Cuba cek pencuci muka korang ada Paraben tak? Tak kiralah Methylparaben ke, Butylparaben atau apa-apa je yang ada tulis Paraben. Sebelum cerita lebih panjang, korang tau tak Paraben tu apa? Paraben ni macam satu bahan pengawet yang selalu digunakan dalam barangan kosmetik. 


Kenapa Paraben ni bahaya? Sebab Paraben ni dikatakan boleh mengakibatkan kanser. Korang pun tau kan kanser tu pembunuh senyap dalam kalangan manusia. Lately ni pun kita dengar ramai orang meninggal disebabkan kanser. Hmm, jadi lebih baik kita cegah dari awal ok, dengan menggunakan produk yang bebas Paraben!

Jadi kali ni aku nak share satu produk organik yang semestinya bebas daripada bahan-bahan bahaya dan juga bebas Paraben! Semestinya daripada produk Qayra Signature, iaitu Turmeric Face Soap. Aku dah pakai sabun ni selama 4 bulan secara istiqamah ya. Sebelum-sebelum ni pakai juga tapi asyik campur-campur dengan pencuci muka lain. 

Turmeric face soap.

Aku tak ada gambar sebelum dan selepas. Sobs. Tapi dulu masa zaman sekolah memang kulit muka teruk sangat. Dahla gelap, banyak jerawat dan jerawat batu suka tumbuh. Jerawat batu tu pula kalau tumbuh memang berbulan nak hilang parut dia. Jadinya kalau upload gambar dulu memang suka pakai filter nak tutup jerawat durjana tu. *pengakuan jujur*

Tapi sekarang tidak lagiiii. Ambik gambar tanpa filter dengan yakinnya ok. Walaupun sebenarnya takda la flawless sangat, licin macam telur tu. Ada juga jerawat kecil-kecil tapi taklah seteruk dulu. Parut jerawat pun cepat pudar dan paling best jerawat cepat kecut. Kiranya sekarang dah dalam safe zone la kulit kitew. 

Tapi tapi tapi, sabun ni organik. Jadi jangan expect dalam masa seminggu dua kulit dah licin. Bahan organik memang ambil masa. Jadi kita ni kena rajin dan gigih la guna setiap hari tanpa skip. Lagi-lagi nak hilangkan jerawat yang dah bertahun bertapak dekat muka. Sangat-sangat kena sabar. Aku pernah rasa nak give up sebab rasa macam lamabatnya perubahan. Be patient, good things take time. Jadi jangan pernah give up ok. 

Satu buku sabun ni boleh tahan lebih dari 3 bulan ya. Sebab aku dah pakai 4 bulan, tapi sabun masih berbaki separuh. Sebab aku akan potong jadi 9 bahagian. Selama 4 bulan aku baru pakai 6/9 bahagian. Eh faham tak ni macam mana? Hahahaa. 

Tips & cara guna Turmeric Soap : 

  • Setiap pagi aku akan cuci muka last sekali lepas mandi, guna sabun Turmeric tu. Lepas tu aku bilas muka dengan air suam yang dicampur satu sudu kecil garam bukit untuk melembutkan kulit dan mempercepatkan proses memudarkan parut jerawat. (See, semua bahan organik aku guna)
  • Sebelum tidur pun aku akan cuci muka guna sabun Turmeric dan bilas dengan air biasa je. Lepas muka dah bersih, aku guna Turmeric cream  cream pula. 

Jadi mana nak dapatkan sabun organik ni?

Facebook : Qayra Signature HQ
Instagram : Qayra Signature HQ
Whatsapp : 013-7117140 


Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka