Skip to main content

Trying Out McDonald's Spicy Korean Burger

Assalamualaikum.

Hai.

Hallyu wave datang lagi. Kalini McDonald keluarkan menu baru iaitu Spicy Korean Burger. Who's excitedzzz? Ya, semua Kpopers mengeletis untuk cuba burger ni. Tidak juga ketinggalan, maka aku pun terjebak sama untuk cuba sejauh mana kesedapan rasa Spicy Korean Burger nihhh. Masing-masing duk kata sedap sangat. Mari kita tengok betul ke sedap?

Our main character today.

Harini aku dengan gigih la pergi McDonald dengan Angah untuk dapatkan sebiji burger Korea ni haa. Confident je kan keluar, sekali sampai McDonald bapak ramai gila orang! Oh God, lupa harini hari Jumaat dan harini cuti bagi negeri Johor. Damned. 

"Ah, lantaklah. Ada rezeki adalah. Kalau kata dah sold out, aku beli sundae je la walaupun sebenarnya taknak pun sundae." - bebel sendiri sambil beratur tunggu turn nak order.

Aku ni sebenarnya tak minat pun dengan burger yang jual dekat McDonald, KFC apa semua tu. Tekak aku lebih suka burger yang jual kat gerai kecik tepi jalan tu ha. Tapi sebab nak try punya pasal kan, kita redah je (mana tau sedap).

"Nak set Spicy Korean Burger 1 eh." - daku mengoder.

"Jap eh tanya." Maka staff McDonald pun tanya stok burger tu ada lagi ke tidak.

"Haa ada lagi satu. Nak satu kan?" - Yeayyy!

Terharuuuu, aku orang yang last dapat burger tu. *kesat air mata* Nak dijadikan rezeki kan. Kesian orang belakang aku pun nak order burger yang sama tapi malangnya dah SOLD OUT. I'm sorry bro, sape cepat dia dapat. Jadi aku bawaklah burger balik dengan senang hatayyy (hati).

Sejurus bukak, apa lagi. Camera to the ready?

Selesai sesi photoshoot si burger, maka bermulalah sesi melahap. Kunyahan pertama... 

Gais? Can you feel me?

Yes! This is not the taste I expected it to beeeeee. Haaaa, nightmare aku. Tetiba rasa rindu dekat burger Amid yang jual dekat sebelah kedai Along tu. Nothing can beat his burger (even this one). Tapi rasa dia taklah teruk sangat kan. Macam boleh-telan-la. Rasa macam typical-McD-burger, haa cemtu.

Roti dia okla rasa roti burger. Sayuran yang melimpah not bad. Daging burger yang jadi highlight untuk set burger ni pun boleh la, adalah rasa pedas-pedas manja tu. Tak pedas sangat sampai boleh meleleh air mata pun (pedas lagi Spicy Ramen tu). Mungkin bagi tekak aku so-so. Mana tahu bila kena tekak korang tetiba jadi sedap ke kan?

Cubalah beli sebiji dekat McDonald berdekatan. Aku tak halang mahupun syorkan. Tapi cubalah, kang kempunan pulak. Then you'll know how it taste like. Ngee.



Dah cuba Spicy Korean Burger ni? Share sikit pendapat korang tentang burger ni di bahagian komen :)  
XOXO.


Comments

Unknown said…
Hahaha elsa tak rasa lagi em em kena pergi cepat cepat laa mcd!

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...