Skip to main content

Pre Ramadhan Penang Trip : Part 2

Assalamualaikum.

Hai.

Okay, hari ni nak sambung entri trip Penang. Brace yourself! Tapi sebelum tu, siapa yang belum baca part 1 punya boleh klik sini . 

Penang Trip Day 2 / 25 Mei 2017 (Khamis)

Harini kitaorang plan nak pergi Balik Pulau, nak lawat rumah orang-orang asnaf yang dapat pek makanan tu. Misi untuk hari kedua ni, kitaorang nak agihkan baju-baju terpakai untuk diaorang. Jadinya pagi tu, kitaorang keluar sarapan nasi kandar. Lepas sarapan kitaorang bercadang nak naik Penang Hop on Hop off. Tau tak apa tu? Lepasni kita cerita eh. 

Dalam perjalanan misi mencari kedai nasi kandar, Kak Nisa Google la restoran-restoran yang famous dengan nasi kandar. Tapi malangnya banyak yang tak buka lagi. Last-last kitaorang makan dekat Nasi Kandar Pokok Ketapang. Malas dah nak cari lagi sebab perut dah lapar sangat. Lagipun kitaorang kejar masa sebab nak naik Hop on Hop off tu.


Ni la menu sarapan aku untuk pagi tu. Nasi kandar ayam berempah, dengan kuah campur. Eh, kecur pulak air liur bila teringat balik. Rasa kuah dia, rempah semua memang padu la. Nasi kandar Penang memang yang terbaik. Patutlah Mamu (classmate aku yang asal dari Penang) selalu mengidam nasi kandar. Memang kenyang perut sampai petang. Langsung tak expect akan sarapan nasi kandar pagi-pagi.

Habis cerita tentang nasi kandar. Lepas sarapan, kitaorang balik hotel semula sebab nak naik Hop on Hop off. Hentian pertama bas Hop on Hop off tu ialah dekat Gurney road yang betul-betul dekat depan hotel aku.

Jadi apa sebenarnya Hop on Hop off ni? Pernah tengok bas double decker yang tak beratap warna merah dekat London tu tak? Haaa macam tu la rupa Hop on Hop off. Tapi yang ni versi Penang punya. Kenapa Hop on Hop off? Kita boleh turun naik bas tu sesuka hati. Best kan? Tapi ada la syarat-syarat dia ikut harga tiket.


Hop on Hop off. Sangat recommended kalau nak explore tempat-tempat bersejarah dan popular di bandar Pulau Pinang. Untuk pakej 2 jam, harganya cuma RM10 per person. Boleh pilih nak duduk bahagian atas atau bawah. Tapi tempat duduk yang tak berbumbung tu kena tahan panas la bila dah tengah hari. Duduk atas ni berbaloi sangat walaupun panas sebab kita boleh tengok pemandangan dengan lebih jelas. Di samping angin sepoi-sepoi bahasa. Haaa gitchuw. 


Tapi hati-hati la yang duduk tepi. Takut muka kau kena tampar dengan dahan pokok ataupun banner yang digantung dekat tiang letrik. Muka aku pun hampir kena tampar dengan dahan pokok tepi jalan. HAHAHA. Aku pergi sini untuk kerja. Jadi ambil city tour untuk 2 jam ok laa. Kalau pergi untuk travel, aku cadangkan ambil pakej 24 jam (RM 19 per person) . Korang boleh naik turun sesuka hati ikut mana nak pergi. Nak turun singgah beli jeruk pastu kunyah dalam bas ke. Kau nak mendaki Penang Hill ke. Hah suka hati. Janji bayar, pastu ambil tiket. Senang kau nak Hop on Hop off.



McDonald ni nampak unik dan vintage sangat.




Kalau nak letak semua gambar memang penuh la entri ni nanti jadi album gambar pula kan? Jadi aku cuma pilih random yang aku rasa nak upload masuk dalam entri ni. Lepas 2 jam berpanas atas bas, kitaorang pun check out hotel dan terus bergerak ke Balik Pulau.

Dalam waktu Zohor macam tu kitaorang sampai di Balik Pulau. Sebelum ke rumah asnaf, adalah kitaorang beli sikit barang-barang untuk diaorang sempena nak menyambut puasa ni. Macam teh dan biskut kering. Boleh la buat sahur kan. 

Rumah pertama yang kitaorang singgah ialah rumah seorang nenek. Aku taktau siapa nama dia. Tapi sedih sangat keadaan dia. Hidup sorang-sorang sebab dipulaukan keluarga. Rumah yang dia duduk tu pun orang kampung dia yang bagi. Nenek tu suka sangat bila tengok kitaorang datang melawat dia dan kasi 'baju baru'.





Kak Nisa tanya, "Nek, dah ada baju untuk raya?"

Nenek jawab, "Ada dah. Pakai ja yang lama-lama tu haa, elok lagi."

Bagai petir sambar aku bila dengar jawapan dia. Pakai baju lama je. Sedangkan dia punya definisi 'elok' tu langsung tak menunjukkan baju tu dalam keadaan elok. Sedangkan aku ni, tiap tahun berpasang-pasang baju beli tak kira raya ke tidak. Memang penuh satu almari sampai tak muat. Itu pun masih mengeluh takde baju yang nak dipakai (masalah perempuan). Jadi, kitaorang bagilah dia pilih mana-mana baju yang dia berkenan. Bolehla buat raya nanti. Walaupun baju-baju tu kira baju secondhand, tapi masih elok lagi macam baru. 

Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi nenek.

Rumah kedua pula, kitaorang pergi rumah Makcik Siti Fatimah. Aku tak pasti apa pekerjaan utama dia, yang pastinya dia tak buat satu kerja. Sebab dia nak menyara anak, cucu dan juga mak dia. Setiap hari dia akan mengayuh basikal pergi kerja dan hantar cucu pergi sekolah. 




Memang salute dengan Makcik Fatimah, walaupun dah agak berusia, tapi masih gigih betenaga cari rezeki. Lagi-lagi dia jaga mak dia yang dah uzur. Kitaorang pun ada bagi beberapa baju untuk Makcik Fatimah dan keluarga pakai. 

Rumah yang ketiga kitaorang lawat pula, rumah pasangan OKU. Suami isteri ni cacat pendengaran. Tapi walaupun cacat, tetap tak mengahalang diaorang untuk cari pendapatan untuk hidup. Si isteri, ambil upah menjahit. Kadang-kadang jahit serkup kepala. Suaminya pula, ambil upah buat-buat rumah ni. 



Rumah keempat pula merangkap rumah terakhir yang kitaorang lawat untuk haritu ialah rumah Atuk Yusof. Atuk ni kerja harian dia kutip sampah. Walupun kerja dia kutip sampah, tapi laman rumah dia sangat bersih. Tapi malangnya masa kitaorang sampai dekat rumah dia, dia takde dekat rumah. Kebetulan anak dia (duduk depan rumah dia) ada. Jadi, kitaorang amanahkan anak dia untuk bagi pek makanan dan pakaian pada Atuk Yusof.

Kitaorang pun nak bertolak ke Seberang Perai. Sebelum tu, kitaorang berhenti untuk solat dulu dekat masjid berdekatan. Lepas solat, rasa tekak ni haus pula, buat dek cuaca yang panas terik kan? Jadi, kitaorang singgah minum dekat warung depan masjid.

Sambil-sambil tengah minum, Kak Nisa terpandangkan seorang warga emas tengah mengayuh basikal tua, lalu depan warung. Firasat Kak Nisa kuat mengatakan yang tu Atuk Yusof. Kak Nisa pun apa lagi, pergi kejar atuk tu. Nak dijadikan rezeki dan jodoh nak berjumpa, memang betul tu Atuk Yusof. Dia nak pergi masjid, untuk solat.



Terdetik dalam hati aku. Walaupun hidup sebatang kara, tapi Atuk Yusof tak lupa kewajipan dia sebagai orang Islam. Kak Nisa pun ajaklah Atuk Yusof dengan sorang kawan dia Atuk Ismail minum dengan kitaorang dekat warung tu. Umur Atuk Yusof dah menjangkau 80 tahun. Tapi ingatan dia sangat kuat, dia ingat tarikh lahir dia bila. Siap bagitau lagi hari apa dia lahir. Masya Allah. 

Selesai minum, kitaorang pun terus bertolak. Tapi sebelum tu, sempat lagi cari tempat makan. Sebab perut dah lapar sangat. Kali terakhir kitaorang makan, sarapan pagi nasi kandar tu. Jalan punya jalan (drive la maksudnya) terjumpa pula satu gerai ni orang duk beratur panjang. Jual apa eh, Kak Nisa pun apa lagi, terus berhenti.


Oh, jual nasi dalca briyani rupanya. Nampak kan panjang orang beratur. Walaupun beratur panjang, tapi servis dia sangat cepat. Jadi taklah kebas kaki menunggu. Kuantiti nasi yang selambak (portion boleh makan dua orang), dengan kuah yang gila sedap. Memang sangat puas hati. Memang tak rugi la kalau cuba.

Kuah lebih eh bang.



Nampak tak tu, kuah banjir. Ei, terliur lagi bila tengok gambar ni, dah la tengah puasa. Aku minta nasi separuh je. Kalau minta nasi penuh memang bentak perut aku, silap-silap boleh meletup kekenyangan. Jadinya, kalau datang Balik Pulau, jangan lupa untuk cuba Nasi Dalca Briyani ni, Sangat-sangat recommend! 

Perut pun dah kenyang. Jadi kitaorang teruskan perjalan ke seberang. Nak check in hotel lagi. Nak tau dekat mana pula kitaorang menginap untuk malam kedua? Tunggu entri part 3. 

XOXO.










Comments

hariz otaku87 said…
Thanks for a greatt read

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...