Skip to main content

Resepi Japanese Cotton Cheese Cake

Hi!

Lamanya dah tak blogging. Hampir 3 bulan.  Ni bukan sebab cuti berpantang ke apa. Tapi entahlah, masa tu rasa macam takde mood sangat kot nak tulis blog. Tapi walau macam mana pun, saya dah kembali. Hari ni nak kongsi sikit la resepi kek. Sebenarnya memang dah lama sangat teringin nak buat sendiri Cotton Cheese Cake ni. Duk terliur je tengok orang lain upload resipi dekat Facebook dan sebanyak tu jugaklah aku duk share share share. Buatnya tidak.

          Jadi, harini nekad juga la nak buat kek ni. Memandangkan tengah cuti pertengahan semester dan bahan-bahan pun dah beli. Sebenarnya penyakit malas nak buat tu menggunung. Cuma aku teruskan jugak. Geram bara api biar sampai ke pangkal lengan (haa gitew). Semestinya ini kali pertama aku buat kek ni. Alhamdulillah menjadi! *kesat air mata* Disebabkan jadi, tu yang baik hati nak kongsi dalam blog.
Nampak tak nampak tak? Tekstur dia sangat gebu.

Kalau ada yang tanya kenapa separuh je kan. Jawapan aku, lepas kek masak je tadi terus potong sebab terlalu tak tahan nak makan. Serius sedap, lembut dan gebu. Ok, resepi boleh usha kat bawah ni.

Bahan-bahan :

  1. 6 biji telur gred B
  2. 5 keping keju (slice cheese)
  3. 1/2 cawan susu segar
  4. 2 sudu besar butter
  5. 1 cawan gula (tapi kalau jenis yang suka manis boleh letak 1 1/4 cawan gula)
  6. 1 cawan tepung kek 
  7. 1 sudu besar esen vanila
  8. Secubit garam
Cara-cara :
  1. Carik-carikkan keju dan masukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan susu segar dan butter dan cairkan menggunakan kaedah double boil*.
  2. Kacau sampai semua bahan cair, tutup api dan ketepikan.
  3. Di dalam bekas lain, asingkan kuning telur dan putih telur dan ketepikan.
  4. Masukkan esen vanila kedalam bekas yang berisi kuning telur dan gaul hingga sebati, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dicairkan tadi.
  5. Di dalam bekas yang berisi putih telur, putar putih telur menggunakan mixer sehingga menjadi buih-buih kasar. Setelah berbuih, masukkan gula dan putar sehingga bertanduk*
  6. Masukkan putih telur ke dalam mangkuk yang berisi kuning telur dan bahan yang telah dicairkan dan kacau sehingga rata.
  7. Kemudian masukkan tepung (sedikit demi sedikit) dan secubit garam.
  8. Sapukan loyang dengan butter dan tuang adunan tadi kedalam loyang. 
  9. Bakar sehingga masak (ikut suhu oven masing-masing)
Gebu dan sedap angaaattt!

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...