Hai.
Selamat datang ke blog asing ini. For sure awak datang sini sebab dapat temuduga SPA bahagian Separa Perubatan kan? And for sure jawatan yang awak pilih ialah Penolong Pegawai Farmasi. Ok, terima kasih sebab sudi singgah. Harap entri ini dapat membantu untuk awak prepare apa yang patut. Oh, sebelum tu, tahniah ya sebab berjaya dalam Peperiksaan Online SPA.
1 April 2016
Tarikh aku dapat panggilan surat temu duga tersebut. Syukur Alhamdulillah. Disebabkan ada lagi 19 hari untuk prepare, maka macam-macam benda keluar dalam kepala.
"Apa nak prepare?'
"Soalan apa dia akan tanya?"
"Penemu duga tu agaknya macam mana?"
and so on.
Langkah pertama, aku whatsapp cousin dengan kawan aku. Sebab dorang berdua dah pass interview dengan jayanya dan sekarang tengah belajar dalam bidang nursing. Sambil-sambil tu ada jugalah aku cari bloggers yang dah ada pengalaman interview separa perubatan SPA ni (macam yang awak tengah buat ni). So, daripada tips dorang, aku study la sikit-sikit apa yang patut.
Contoh macam nama-nama ubat, tentang KKM, isu semasa, Menteri dan timbalan menteri kesihatan dan tugas-tugas jawatan yang akan kau pilih. Just in case dia tanya. Tapi sampai masa temuduga, dia tak tanya pun yang aku duk hafal sampai terbelit lidah aku nak hafal nama ubat.
20 April 2016 (Hari Temuduga)
Masuk je kat dalam pejabat urusan SPA tu, ada dua orang pegawai akan kendalikan proses pendaftaran. Dia check kehadiran dan dokumen-dokumen yang diperlukan. Pastikan dokumen yang dia nak tu lengkap dan bagi no giliran. Bawak yang original dengan salinan yang disahkan ok? Sebab masa aku interview haritu ramai yang tak bawa dokumen lengkap. So akan melambatkan proses. Oh, lagi satu, jangan lupa print sekali surat panggilan temuduga untuk senang dia refer no panel penemuduga kau.
Tiba giliran aku. Jalan dengan penuh ayu dan bersopan santun ke bilik bernombor 2.
"Ttokk ttokk." pastikan ketuk pintu dulu sebelum masuk.
Aku tak dengar pun dia cakap "masuk" agak-agak dah setengah minit duduk depan pintu, aku terus buka.
"Selamat pagi." jangan lupa greet dorang ataupun bagi salam ya. Aku tak bagi salam sebab ada penemuduga non-muslim kat situ.
"Ok, sila serahkan dokumen anda dan anda dipersilakan duduk." kata penemuduga non-muslim.
Duduk dengan sopan ok, kalau yang perempuan tu jangan terkangkang kiap. Jangan terketar-ketar. watlek watpis je. Pastikan sentiasa senyum dari awal masuk pintu tu (jangan sengih melampau dah la.)
"Baiklah Cik Siti Aishah, ceritakan tentang diri anda dan apakah hobi anda." penemuduga non-muslim memulakan bicara.
So macam biasalah, aku cerita tentang diri aku. Aku cakap hobi aku blogging. hahaha
"Jadi, awak seorang blogger. Apakah yang awak selalu tulis dalam blog awak?" tanya dia lagi.
"Macam-macam, kadang-kadang saya share resipi, cerita tentang tempat-tempat menarik ataupun tips-tips kecantikan dan sebagainya." aku perasan ada getaran semasa menjawab. Nervous kot!
"Ok, awak memilih jawatan Farmasi, kenapa?" wahh dia dah start tembak. Takpe, aku dah prepare.
Jawablah apa-apa je yang kau rasa logik. Takkan kau pilih suka-suka. Mesti ada sebab. So, cerita je apa-apa.
"Awak pilih bidang ni, awak rasa apakah tugas-tugas seorang Penolong Pegawai Farmasi?" ok, dia masih menyoal.
Ni soalan WAJIB ya. Aku ulang, WAJIB. Kau memang kena hafal. Jawapan dia ada dalam portal SPA. So jangan risau. Rajin-rajinkan diri buka portal ya sayang~
"Katakan, kawan baik awak seorang nurse dan dia mengambil ubat di bahagian farmasi tanpa pengetahuan awak, apakah tindakan awak?" zzaasss satu das tembakan padu diberikan.
Soalan macam ni memerlukan untuk kau berfikir. Dilema kan? Nak ngadu tapi kawan baik. Walau apa pun tindakan tu salah. Sebab semua ubat-ubat dan hal di farmasi adalah tanggungjawab pegawai dan penolong pegawai farmasi.
"Baiklah. Situasi kedua, ada seorang pesakit yang ingin meminta vitamin C. Apakah tindakan awak terhadap pesakit tersebut." dah dua das aku kena tembak. bbang bbang!
Macam yang kita tahu, SPA ni under kerajaan kan? So, farmasi tempat kau tu mestilah under goverment juga. Sama ada di hospital atau klinik kesihatan. Jadi, mana-mana pesakit yang memerlukan ubat, mestilah ada saranan doktor. Lainlah kalau dia beli di kedai farmasi luar.
"Tapi pesakit itu tetap mahukan vitamin C tersebut dengan alasan, saya bukan sakit apa. nak vitamin C je." dia cuba goyahkan iman aku. Aku tahu tu.
"Walau apa pun, saya tetap tak boleh bagi sesuka hati kepada orang luar walaupun ia hanya vitamin C. Dia wajib minta nasihat doktor kerana ubat di farmasi kerajaan adalah ubat yang terkwal." Jawab je dengan yakin. Support balik jawapan yang sebelumnya.
"Baiklah Cik Siti Aishah, sampai disini sahaja soalan dari saya." puas hati dah kot tembak aku. balas dengan senyuman.
Tiba masa untuk penemuduga yang kedua...
"Cik Siti Aishah, macam yang awak sedia maklum, awak habis belajar selama tiga tahun lepas tu awak akan ditempatkan mungkin di pedalaman atau mungkin di Sabah dan Sarawak. Adakah awak sanggup? Berjauhan dengan ibu bapa." fine, dia attack aku dengan perkataan 'ibu bapa'.
Aku jawab ya. Soalan ni famous kan. Sesiapa pun akan jawab ya sebab memang nakkan jawatan ni.
"Apakah kempen KKM yang awak tahu?" cubaan untuk tembak aku.
Aku jawablah kempen perangi aedes la, kempen cegah obesiti la. Macam-macam kempen yang aku pernah dengar kat tv tu. Sekali....
"Eh, maksud saya kempen yang bahagian farmasi anjurkan." ah sudah, aku tak sure apa yang kempen farmasi anjurkan.
Kalau kau tak tahu, cakap je tak tahu. Aku senyum dan bagitahu aku kurang pasti.
"Pernah dengar kempen 'Kenali Ubat Anda'? Itulah salah satu kempen farmasi KKM. Apakah objektif kempen tersebut?" tembakan kedua. Piung piungg!
Baru aku teringat yang aku pernah tengok banner kempen tu kat klinik kesihatan. Objektif? Mestilah mengambil ubat dengan sukatan yang betul. Mengetahui jenis ubat yang sesuai untuk sesuatu penyakit.
"Baiklah Cik Siti Aishah, sampai disini sahaja soalan dari kami." fuhh lega akhirnya dah tamat.
Keluar je dari bilik tu aku rasa, satu beban dah hilang. Leganya Allah je yang tahu. Jadi pesanan aku, sekarang ni dalam interview dia dah tak tanya dah soalan common sebab dia tau calon akan hafal jawapan dekat internet. Instead of that, dia bagi soalan problem solving. Jadi memang kena banyak membaca jugaklah. Jawapan pula biarlah ikut logik akal in case kalau kau blurr sangat nak jawab apa.
So, good luck for your interview. Terima kasih sudi baca. Sebarang persoalan ataupun korang nak kongsi pengalaman, boleh terus email ok? Insya Allah sepantas roket hakak balas. Sebab kadang-kadang tak perasan kalau korang drop comments. Lagi-lagi bila entri dah lapuk. I'm waiting for you...
Email me at : aeshahbadrul@gmail.com

Comments
Sy aida..
Sy bru nk try keje di farmasi.
Ade x tips2 utk interview..