Hai.
"Berbekam itu sunnah. Dapat pahala tau, asalkan niat kerana Allah" itulah ayat penyedap hati setiap kali Kak Wana ajak bekam. Oh, bukan Kak Wana je, Umi pun. Bukan tak teringin, tapi pintu hati belum terbuka. Lagi satu, aku tak takut jarum. Kalau takut, takkanlah aku minta derma darah dulu (dua kali cuba tapi tak lepas faktor tekanan darah rendah).
Sejujurnya, aku memang langsung tak pernah berurut ke apa ke. Senang kata badan aku ni tak pernah disentuh sesiapa (eh, jangan fikir yang bukan-bukan eh). Even Umi sendiri tak boleh nak sentuh sebab aku ni jenis tak tahan geli. Boleh dikatakan satu badan ni tak boleh disentuh sebab aku ni mudah kegelian. Hahahah. Kadang-kadang kalau badan sakit-sakit ke, lenguh ke, aku lebih rela tahan sakit daripada kena urut ataupun sapu minyak. Sampai macam tu sekali weh.
Sampailah semalam, aku kuatkan diri overcome aku punya penyakit geli. Aku takde penyakit apa-apa pun. Saja nak try berbekam. Orang duk kata sedap sangat sampai buat sekali nak lagi. Mula-mula masa Kak Wana baru letak tangan nak urut aku dah memekik kegelian. Hahaha. Aku rasa tangan Kak Wana nak urut. Duhh, memang tak tahan. Sakit gila! Badan tak pernah diurut. Terus aku cakap ngan Kak Wana,
"Sakit Kak Wana.. Aduhh takleh tahan. Macam nak nangis." serius memang tak tahan.
Las-last Kak Wana stop mengurut, dia sapu je minyak. Lepastu dia ambil cup bekam, tekapkan kat badan. Mak aih, perit gila kulit badan kena tarik. Sampai terangkat-angkat kaki aku duk tahan sakit. T.T Nasib baik rasa perit ditarik tu sekejap je. Agak-agak dah beberapa minit, bekas yang kena tarik tadi dia cucuk-cucuk dengan jarum (30 cucuk. Sebab darah payah nak keluar).
Masa kena cucuk tu aku tak tau nak cakap apa. Sakit macam kena gigit semut. Tapi dalam masa yang sama, rasa geli (tu yang paling aku tak boleh tahan. Sampai menjerit-jerit macam kena histeria.) Dah habis cucuk, Kak Wana tekap lagi dengan cup bekam. Dah tak perit macam masa mula-mula dia tekap tadi. Fuhhh.
Kak Wana kata, darah aku yang keluar tak banyak. Sikit sangat. Sampai dia jadi tak puas hati. Dia kata,
"Biasanya, kalau orang lain Kak Wana cucuk 20 kali je. Tapi dengan awak ni kena cucuk 35 kali. Sikit sangat darahnya yang keluar." cuak gila. 35 cucuk. Ohmai~
Lepas dah habis yang kat badan, Kak Wana tanya nak tak buat kat kaki. Sebab aku ni ada senggugut (tapi tak kritikal sangat). Tak fikir panjang terus aku jawab TAK NAK. Banyak kali kot Kak Wana tanya. Jawapan aku tetap TAK NAK.
Tapi yang aku peliknya, bila dah sudah bekam, aku jadi rasa nak lagi kena cucuk tadi. Macam sedap lah pulak. Eh? Tapi bila fikir azab masa berberkam tu, hmmm macam dah taknak lagi. Nak kata serik tu tak la kot. Insya Allah akan repeat bekam lagi. Tapi bukanlah dalam masa terdekat ni. Seriau kot! Mungkin lepas beberapa bulan? Tengoklah macam mana.
Cerita aku ni, bukanlah nak menakutkan sesiapa. Mungkin aku sorang je kot yang bekam rasa sakit, sebab family aku yang lain rileks je. So, kalau nak tahu sakit ke tak kena cuba, jangan dengar cakap orang sebab tu mungkin pendapat atau rasa dia je. Jadi, beranikanlah diri kalian!

Comments