Skip to main content

Bedtime Stories

Hai.

          Sedari kecil, memang aku ni dah minat membaca. Ingat lagi masa umur 3 tahun Umi ada belikan satu majalah kanak-kanak. Masa tu aku masih tak tau membaca, tapi aku suka isi kandungan majalah tu. So, aku pun suruhlah sesiapa tolong bacakan. Sampai lebih 5 kali sehari. Setiap hari mesti suruh Umi bacakan. Sampaikan aku dah hafal setiap benda dan cerita yang ada dalam majalah tu. Yang aku ingat, majalah tu ada kartun versi komik yang sarat dengan ilmu dan nasihat.

Bila umur 4 tahun, aku dah masuk tadika. Sebab aku tengok Kaklong dengan Angah pergi sekolah, so aku pun nak sekolah. 4 tahun dah pandai membaca, jadi Umi suruh aku baca sendiri majalah tu. Seronok kay dah pandai baca. Dari muka surat pertama sampai muka surat akhir aku khatam sambil Umi tolong check bacaan aku.

          Lepas Umi tengok aku dah lancar membaca, Umi belikan majalah baru. Majalah Asuh (majalah kanak-kanak Islamik). Siapa tahu? Setiap bulan tak pernah miss tau beli. Masa tu majalah Asuh ni memang famous gila tau. Bila dah 6 tahun, Umi tambah lagi koleksi majalah lain. Umi belikan pula majalah Disney Junior. Kat situ aku banyak improved speaking skills, colouring skills. Semua skills la. Kalau majalah Asuh, ajar aku kenal Islam, majalah Disney Junior ajar aku ilmu dunia. Kira seimbang lah kan? hihihi...


Bagi sesiapa yang lupa, ataupun tak tau majalah Asuh dengan Disney Junior,
boleh recall balik memori masa lampau. 

Aku tak pasti sejak bila aku mula berhenti baca majalah-majalah kat atas ni. Yang pasti masa tu aku dah darjah 3. Aku mula baca koleksi buku dongeng sederhana tebal. Beli dekat masa ada jualan buku dekat sekolah. Beli campur-campur. Ada yang versi Bahasa Melayu dengan English version. Darjah 5, aku dah tak baca buku cerita dongeng lagi. Aku beli novel yang sederhana tebal. Kadang-kadang pinjam dekat library sekolah. Konon dah besar sikit. 

         Naik ke alam sekolah menengah, aku dah pandai pulak baca novel cinta Melayu. Memang terbuai-buai rasanya weh. Sebab tengok member tukar-tukar novel. Aku pulak jenis tak suka pinjam orang punya, so aku suruh Umi belikan. Macam kelakar gak la budak 13 tahun baca novel cinta. (Wekk bila ingat balik rasa macam... seriously kau baca novel cinta Melayu?!) Lepas PMR aku dah kurang baca novel cinta Melayu, aku tukar beli novel English pulak. Kengkonon nak brushed up vocabulary. Sebab fikir nanti nak buat essay SPM senang dapat high marks. Tapi memang betul, aku banyak improved dalam essay English. SPM dapat A lagi untuk English (ceh). 

Bila dah habis sekolah, maksudnya sekarang ni la (dah dekat 20-an ni) aku totally stop dah baca novel Melayu. Cliche sangat. Selain daripada masih beli English novel, aku tambah koleksi buku-buku pembakar semangat, buku-buku ilmu, (ecewahh) buku tentang travel ke ataupun tentang mentaliti masayrakat. Haa nampak tak macam dah matang? Hahaha.

          Tapi betul la, bila dari kecil kita dah mula suka membaca, habit ni akan terbawa-bawa sampai ke tua. Koleksi buku aku kat rumah dah lebih dua rak (bukan rak kecil-kecil ya). Lagipun bacanya sekali tu je. Tu yang sampai melimpah-limpah sampai ada yang kena simpan kat stor. Kadang-kadang fikir nak je sedekahkan kat perpustakaan awam, tapi bila fikir balik rasa sayang la pula. Alahai.

Hari ni nak marathon buku Opah Gangnam Style. Memang worth
to read weh. Tak rugi beli.


Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka