Skip to main content

5 Things I hate The Most

 
Hi!

          Aku telah ditag oleh sistur cantik (Mia) untuk buat entry tentang "5 Things I hate The Most" Thanks Kak Mia sudi tag kita huhuhu. So, RULES dia :

"Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu."

So, here it is :

  1. Cicak - Aku memang takleh spesis reptilia ni. Serius tak boleh. Aku memang geli tahap infiniti. Segala jenis atuk nenek cicak dan reptilia semua aku geli dan benci.
  2. Makanan yang lembik/kenyal - Bab makanan aku memang tak suka yang lembik-lembik, yang kenyal-kenyal. Contohnya macam daging yang bahagian lemak dia tu (yang orang panggil tetel), perut lembu/kambing dan kulit ayam. Selain tu, aku tak makan kulit ikan. Melainkan kalau ikan tu goreng.
  3. Pinjam barang tak reti pulang/jaga - Bukanlah kata aku ni kedekut. Tapi aku tak suka bila orang pinjam barang aku lepastu dia buat harta dia. Fuhhh memang baran. Dahla kau perap barang aku buat macam hak kau, lepastu kau pulangkan kat aku dalam keadaan yang buatkan aku lagi nak mengamuk (dah pinjam baju/tudung tak reti nak basuh balik/koyak) Tolong hapuskan spesis ni -_-
  4. Tak reti flush lepas guna jamban - Haa ni lagi spesis yang aku rasa nak dihapuskan. Dah tau kau tu membuang, pandai-pandailah uruskan najis kau. Flush la, takkan nak tayang kat orang lain pulak hasil kau tu. Kalau takde bau takpe jugak kot. Ni dahla terlepek kat situ, bau pulak macam sebulan tak membuang. Bapak ahh~
  5. Memaksa - Jenis aku memang aku tak suka orang duk paksa aku buat tu buat ni, pergi sana pergi sini. Serius aku tak suka dipaksa dan diarah-arahkan. Sebab suka hati akulah aku nak buat ke taknak ke. Semua benda yang aku nak buat, aku dah plan awal-awal dalam kepala aku. So, aku paling tak suka bila plan aku ada orang lain kacau. (melainkan dia paksa untuk kebaikan aku ataupun mendatangkan kebaikan bagi dua-dua pihak)
Jadi, tu saje untuk "5 Things I hate the Most" . Kat sini, aku akan tag 5 orang blogger bertuah untuk buat 'mission' ni heheh :

                Syilah           Izzati Amira          Rasya          Cek Ungu          Cik Jaja

Comments

Unknown said…
hahahah. sy pun tak suka cicak.klau sekor cicak dalam blik rela tdur luar.hahaha.
Cek Ungu said…
no 3 tu mmg geram. hakak selalu je dpt nasib ni. lps tu terus blocked dia dari senarai nak pinjam2 hahaha

btw tanx bebeh tagged hakak. dh bls :)
no 4 tu common sense but still rama tak buat. memalukan sungguh

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...