Skip to main content

Terseliuh

Assalamualaikum.

          . Pagi Ahad tu aku bergegas nak pergi HEP. ada hal nak uruskan. nak kata tengah rushing tu takde la. tapi aku rasa speed masa aku turun tangga tu biasa je. lepas tangga pertama tiba-tiba

"prakkk!" bunyi kaki aku. duhh, terseliuh pulak pagi-pagi.

Taktaulah macam mana kaki ni boleh terpeleot tiba-tiba. aku syak masa aku turun tangga tu aku lalai. sebab aku ternampak bebudak tengah buat aktiviti Ko-K dekat bawah blok aku. sebab tu kot. lepas dah terseliuh tu, aku pandang kiri kanan depan belakang.

"phew, nasib baik takde sape yang nampak. buat malu je." takde nak duduk dulu ke apa ke, aku terus turun tangga.

          Tetap jugak turun tangga even masa tu aku rasa kaki aku dah start sakit. dari tingkat tiga turun sampai bawah. memang azab. apalah nasib aku haritu. dengkut pun dengkutlah. peduli apa aku. tengah hari, aku naik blok semula nak rehat pastu nak solat Zohor. azab lagi wehh, kaki makin sakit. mungkin sebab faktor jalan tak berhenti dari pagi tadi.

Naik bilik, bukak stokin. tengok kaki dah bengkak and biru semacam. datang Alin, dia sapu minyak angin sambil urut slow-slow.

"AAAAARRRRRGGGGHHHHH! SAKIT GILA! slow sikit Alin!" mestilah aku yang jerit.

          Serius, sakit gila. tak pernah seumur hidup aku terseliuh yang teruk macam ni. Tak boleh jadi, aku call parents suruh ambik aku no matter what. so lepas Zohor aku pergi HEP lagi. nak balik kann? hmmm, ok semua settle dah. kaki aku makin menjadi-jadi sakitnya.

Petang tu parents aku sampai, semua barang-barang aku orang lain tolong angkatkan. aku mampu turun tangga bawak kaki sakit je. jenuh jugaklah nak turun tangga tu. setapak, setapak, setapak. tak jugak sampai. hmmmm.

          Lepas dah keluar KMJ tu, Ayah boleh bantai pulak pegi Jasin. padahal aku kat belakang ni dah macam ape tahan sakit. kaki aku dah tak serupa kaki. lebih teruk dari kaki anak gajah (kot) dia punya bengkak. lepas dah pergi Jasin, ehh boleh pulak singgah makan kat Tangkak balik. ok, seksaan kedua masa nak turun kereta. sakit dia, Allah je yang tau. menangis? dah puas dah. jejak je tanah memang azab. masa tu aku dah tak pedulik dah orang nak pandang pelik ke ape ke sebab aku jalan macam orang tempang. sukati engko lah nak fikir apa.

Berhenti solat. ok, terpaksa solat guna kerusi. susah nak sujud ditambah dengan kaki yang sakit menggila. Masa solat Zohor lagi aku dah pakai kerusi. memang tak tahan wehhh. lepas solat, baru pegi makan.

          Order makan. Nasi, ayam goreng, sambal sotong, sate dengan air sirap bandung. semua febret. tapi sebab kaki sakit, hilang semua selera makan aku. yang aku tau, aku nak cepat-cepat pergi hospital. dalam pada nak cepat tu, sempat jugak fikir.

"Kang kalau pergi hospital, tetiba aku kena tahan wad. ah sudah!" hati dah risau dah ni.

     "Bila diingat balik, aku ni dah macam Maktok." start dah monolog sendiri dalam kereta.

Maktok dulu pernah jatuh dekat bilik air masjid sebab lantai licin. lepastu kaki dia bengkak. bila bawak pergi hospital, terus kena tahan wad. mana tak aku fobia?

     "Jangan kata kaki aku ni kena simen dah la." lagi satu assumption aku. sebab Maktok dulu kena simen jugak kaki dia. hmmm camne ni.

Dah malam baru sampai hospital. check tekanan darah. ok. semua ok. semua normal. tunggu pulak giliran nak masuk bilik pemeriksaan. lama. sebab orang ramai sangat. huh, hospital kerajaan. takpe, sabar separuh daripada iman.

"Siti Aishah binti Badrulhisham, sila masuk bilik 4." Ok suara nurse tu panggil guna speaker. semorang dengar. cehh.

     "Haa sakit apa Aishah?" tanya doktor perempuan tu.

"Kaki. terseliuh masa turun tangga." jawab aku dengan nada paling sopan lagi ayu gitchew.

     "Ohh kat mana ni terseliuh? macam mana boleh terseliuh?" ok dia tanya lagi.

"Kat kolej saya. masa tu nak turun tangga." jawab dengan beria dengan harapan tak kena tahan wad.

     "Kolej kat mana? cuba gerak-gerakkan kaki awak." sesi beramah mesra barangkali.

"KMJ." Jawab sambil cuba gerakkan kaki.

     "Ohh KMJ. ambik apa? sains ke akaun?" ehh menjadi-jadi pulak sesi beramah mesra. kaki sakit ni doktor!

"Oh sains. modul 3. saya ambil subjek Biologi, Kimia, Matematik, dengan Sains Komputer. Sains komputer tu kiranya ganti Fizik. saya tak ambil Fizik sebab tak suka." jawab supaya dia tak tanya lagi. heh.

     "Bagus-bagus. Ok, saya rasa kaki awak ni takde pape. tak patah tapi biasalah, kalau terseliuh ni, memang ambil masa nak sembuh. dia akan makin sakit dan makin bengkak. sampai satu tahap, dia akan susut sendiri. tapi takpe. saya bagi ubat cucuk bontot." muka tenang je masa dia cakap ni.

          Aku dah CUAK GILA. cucuk bontot?! dalam kepala aku dah bayangkan dia seluk bontot aku. pehhhhh. lame Aishah lame. nampak sangat aku tak penah kena cucuk bontot.

"Sakit tak?" tanya untuk kepastian.

          Padahal aku bukan jenis yang takut jarum pon. cuma bontot tu tempat sensitif bagi aku. mana boleh orang lain pegang oi.

Habis sesi cucuk bontot. eh, takdelah sakit pon. tak rasa pun sebenarnya. cihhhhh. tak sampai 15 minit kena cucuk, rasa kaki aku kurang sakit. wahh, berkesan! padanlah kesan cepat, dos tinggi. balik rumah, bawak seberkas ubat. duhhh.



Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...