Skip to main content

Ramadhan 2015

Assalamualaikum.

Hai. apa khabar semua? seminggu dah tak update blog. huhuhu. first of all, Ai nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Alhamdulillah, kita masih berpeluang menyambut 1 Ramadhan. memang satu rahmat yang sangat tak ternilai. so, how was your first Ramadhan? takmo ponteng ehh.

          Tahun ni tahun pertama Ai berpuasa tanpa umi and ayah. puasa sendiri, sahur sendiri and even berbuka sendiri! T.T lumrah kehidupan seorang pelajar. tapi still bersyukur sebab dapat sambut 1 Ramadhan dengan family. yeayy Alhamdulillah for that. sebab tulah dapat update blog ni. (harapkan wifi KMJ? siput pun lagi laju OK) tapi Sabtu ni nak balik KMJ dahh. blergh cepat sangat habis cuti.


Kehidupan sebagai student KMJ not bad. rushing? agak-rushing sebab Ai Program Satu Tahun (PST) so memang banyak benda yang nak catch up dalam masa 10 bulan a.k.a setahun. assignment, lab report, tutorial, quizzes. banyak sangat wehh. tapi yang bestnya, dapat kerja harini, harini jugak hantar. so takde kerja berlambak malam dah boleh study dengan tenang giteww.

          Bercakap pasal kolej kediaman KMJ. oklaa selesa dan best (tapi takleh ah lawan rumah sendiri wehh) Roommate Ai sorang je. nama dia Ciu Ling. sepatutnya satu bilik 4 orang, tapi KMJ ni tak ambik ramai budak. so banyak bilik kosong. untuk penuhkan bilik tu, maksimum satu bilik 3 orang. minimum 2 orang (like me n roommate) - kenkadang takut ah jugak T.T

Introduced, my one and only roommate, Cui Ling

Teddy bear dengan bantal busuk kennot tinggal.

Meja belajar :)

Praktikum / kelas. Ai dapat K3MTP11A. maksudnya, Kuliah 3 Modul Tiga Praktikum 11A. satu praktikum/kelas dalam 10-15+- camtu ahh. classmates semua pun ok. pandai-pandai (malu sehh. haha takpe boleh gunakan dorang untuk jadi tenaga pengajar haha)

ni pulak jadual untuk semester 1. packed weh!~

          Makanan cafe pulak not bad. bolehla makan. tapi still tak boleh lawan air tangan umi. kat KMJ ada banyak cafe so takyah risau makanan habis. dari pagi sampailah ke tengah malam, cafe bukak. macam-macam ada. mee bandung, nasi pataya, nasi lemak, burger, roti canai eh banyaklah! harga tu biasalah (mampu makan)

gambar time! :

Hari orientasi dengan kawan-kawan satu blok (blok Al-Biruni-E)

Hari pendaftaran with Opah (mana-mana pun asyik sama ngan dia -_-)

Gambar semalam. muka memasing happy dapat balik wewewee. 
btw, tu kawan blok jugak



Hari kena injection TIBI 
12/6/15

Muka dekat kad matrik kembang semangkuk wehh! demmit

ok last last. :P
Hari pertama kelas. huhuhuuu

Comments

Amelia said…
Wah. baru tau yg awak dh masuk matrikulasi. lama x baca blog

tapi bukan ke masa tu kata f6 lebih baik dari matriks ? xD Good luck dkt sana
Unknown said…
kena innject tibi lg eh dkt kmj??

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka