Skip to main content

Persiapan ke Matrikulasi

Assalamualaikum.

Hai. tup tup esok dah nak pergi Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) dah. tinggal rumah tinggal bilik tinggal bantal tinggal home-cook dish. paling sendu dah jauh-sikit dengan parents T.T sekarang dah kena hidup berdikari. first time kay first time. kali pertama duduk jauh-sikit daripada parents. sambut puasa kat KMJ. haihh lumrah nak jadi pelajar yang berjaya. we have to sacrifice on something.

          Overall, semua barang-barang dengan borang-borang yang diminta dah siap. semoga Allah permudahkan segala urusan esok :) even KMJ dengan rumah Ai taklah-jauh-sangat (1 jam perjalanan - tengokla drive cemana) tapi still bukan dekat rumah. you know what I mean. hahaha. mixed feelings.

Kalau nak ikutkan tahap kemalasan nak update blog memang MALAS weh. tapi ni malam last kot guna wifi rumah. sementara ada leisure nih. baik Ai gunakan sebaik mungkin. kang dekat KMJ tah bila masa nak update blog. dahla wifi super-laju bila dah tengah malam. tak masal jadi burung hantu hanya kerana 'wifi'.

          Setahun sebagai bakal student-KMJ. mestilah guna sebaik mungkin. bak kata Kak Long "ni peluang nak tampal lubang." ok. cukup ah weh 6 bulan makan-tidur-online-movie-etc. setahun untuk baiki semua. setahun untuk capai 4flat. basic masa SPM ada, tinggal upgrade and refresh je. insya Allah you can do it.

Sebulan duduk dekat form 6. great. banyak pengalaman and ilmu baru yang Ai dapat. Ilmu sastera. bukan benci. bukan tak suka. tapi ambik masa nak kenal subjek tu. Seronok duduk Form 6. aktiviti koko best. Hari guru pun best. sempat dua kali je join aktiviti koko. first masa pendaftaran dan pelantikan jawatan. kali kedua masa buat aktiviti koko yang pertama. masa tu English Society buat Quiz (for some reason, I think I won the quiz- takpela hadiah aku sedekah kat orang lain) lepastu, Ai kan Kelab Futsal. so haritu, kali pertama warm-up futsal dengan Cikgu Shi. kemain bergelak ketawa, hahaha :')

          Esok, new life akan bermula. susah-senang kena jugak tempuh. Allah bagi sebab dia percaya Ai boleh. and now it depends on me. doakan yang baik-baik ok. hope to have a good, nice and understanding classmates and roommates. maklumlah. budak baru masuk. serba serbi taktau. hikkk~

Comments

Ying Bing Bing said…
You must be realllllyyyy nervous kan?! I hope you're doing fine :)
Unknown said…
KMj eh?? gud luck :)

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka