Skip to main content

Terjebak dengan Buku FIXI

Assalamualaikum.

Hai. bercakap pasal Buku FIXI memang dah popular serata Malaysia ni. memang jadi buruan setiap remaja, orang dewasa untuk baca buku ni. tajuk simple (satu perkataan je), ada macam-macam genre (seram, fantasi, aksi eh banyak lagilah) yang penting memang sangat-menepati-citarasa Ai sebagai penggemar buku yang tegar (tak kira apa jenis buku. Ai ok je)

          Ai mula kenal Buku FIXI ni masa kawan sekolah Ai post dekat twitter. dia baru beli. nampak cam best. tak lama pastu mulalah tweeterians membanjiri TL dengan Buku FIXI, Buku FIXI dan Buku FIXI. I was like best sangat ke citer dia?

Bila dah ramai sangat orang kata Buku FIXI ni best sampai dah meletop-letop skang ni (baik kat twitter ataupun instagram) Ai pun follow la ig @BukuFIXI dengan @KedaiFIXI . serious kau akan-geram tengok buku-buku yang dijual. Maka setiap hari Ai akan jadi stalker terhebat stalk ig Buku FIXI nihh.

          Sampailah hari semalam, Ai pergi Angsana sebab nak beli barang-barang keperluan. tapi kan. kalau dah sampai Angsana tu, memang tak sah kalau tak singgah kedai buku Badan Cemerlang tu. confirm akan-masuk-dan-beli-satu-buku (sekurang-kurangnya). disebabkan haritu Ai ada nampak sorang budak ni post kat ig "Buku FIXI dah ada dekat kedai buku Badan!!" tak fikir panjang lagi, masuk je kedai buku tu, aku terus cari Buku FIXI (terus jadi 'aku'. excited punya pasal. kehkeh)

Banyak-jugakla buku-buku FIXI tu. tapi tak sebanyak macam dalam gambar yang budak ig tu post. T.T mesti ramai yang dah rembat awal-awal. so, Ai end up beli dua buah buku. kalau ikutkan hati nak je beli semua. tapi tak baik pulak kalau tamak. syaitonnnnirajim! beli dua dah cukup. lenkali cari lagi kat Popular Bookstore One Segamat pulak ke kann. :P

Dua-dua pun best. tak sabar nak habiskan baca.

Beli Ephyra + Ephyra Skin bar, dapat percuma Buku Fixi. ngehh.
ok tipu je. ;P

Sila telengkan kepala anda. 
dah cuba betulkan tapi dia degil -_-

          Bagi pendapat Ai sendiri la kan. buku ni memang best. bahasa yang dia gunakan pun unik. nak kata bahasa sastera sangat, tak jugak. nak kata bahasa pasar tak jugak. tapi untuk remaja ataupun dewasa, Ai rasa tak susah untuk faham ayat-ayat dengan cerita dia. tapi kalau budak bawah 15 tahun tu mungkin agak-payah-nak-paham. lagipun ada certain-certain ayat, atau 'scene' yang Ai rasa hanya sesuai untuk orang yang 18 tahun keatas (tak semua cerita ye). bagi Ai laa. you know what I mean. Apa-apa pun, korang cubalah baca Buku FIXI ni. confirm akan rasa kelainan dia daripada baca novel-novel lain. memang best!

Comments

nanadhoi said…
Tajuk MURTAD pun best jugak. Kalau MENTAL pun okay sebab ada plot-twist sikit. Tapi yang kurang berkenan kat FIXI ni sebab, sometimes ada part 18sx. Tapi terpulang kepada pembaca tu sendiri lah kot. :)

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...