Skip to main content

Must Bring Item During Vacation

Assalamualaikum.

Hai. Ai baru je balik dari vacay (vacay lagi minah ni -_- haha). sebab tulah menyepi selama 3 hari ni, maklumlaaa tengah cuti umum kan. vacay kali ni tak jauh pun. setakat pergi JB stay rumah akak dua malam. pastu pergi Desaru berkelah. balik dari Desaru shopping kat JPO pulak. tak masal beli body butter sebijik hahaha. dah masuk JPO confirm akan beli satu barang (at least hahaha).

          Jenis Ai, kalau balik kampung ke, pergi vacay ke, mesti bawak barang keperluan LENGKAP! tuala, bantal busuk, supplement, ubat gigi, berus gigi semualah. kalau boleh nak bawak rumah sekali. haa sampai macam tu sekali tau. sebab Ai memang jenis yang tak reti guna barang orang lain. kalau barang kita sendiri tu tak kisah la kan. pakai banyak mana pun lekk je. even umi dengan ayah Ai pun macam tu. haha mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? :P


Barang makeup peribadi. simple. ada semua ni, confident je bila keluar.
hehehe.

Pencuci muka // penanggal makeup. kalau singgah mana-mana surau ke,
hentian rehat ke. pencuci muka tergolong dalam must-have-item.
nak ambil wudhuk muka kena bebas daripada makeup.

Supplement harian. bila on vacay confirm ah penat kan. 
so, Ephyra ni bertindak sebagai energy booster agent. bila bangun pagi 
terus rasa segar bugar. mata panda dengan kulit kusam pun takde. 
nampak energetic and fresh je  even though tak cukup tidur + penat melampau.


Bila siaran radio tetiba dah tak dapat dikesan, tak pun bila umi dengan ayah
tukar siaran radio yang bukan kesukaan Ai. maka kita sumbat telinga
dengan lagu kpop sampai tertido~

Ni pun penting. iPad berfungsi sebagai Waze. kalau nak pergi tempat menarik, 
kita Waze je. giteww. tapi Waze punya Waze, bateri low pulak. 
haaa maka, powerbank mula beraksi. selesai dah masalah. boleh sambung waze. 
cik adik yang berwarna kuning tu pulak berfungsi bila nampak scenery cantik 
pastu tetiba rasa nak snap gambar sekeping, maka gunalah dia. heheheee~ 

So, ni la barang-barang yang WAJIB Ai bawak kalau pergi vacay. tapi ni tak masuk lagi bantal busuk dengan teddy bear kesayangan Ai tu. haha tu lagilah wajib bawak. kalau tak tak tido malam wehh. hahaa korang pulak kalau pergi vacay, bawak apa je?


lagu untuk entri kali ni. miheee. 




IKLAN : Ai baru je jadi DROPSHIP EPHYRA kakak Ai (orang baru dapat kerja kan. eheheh). so korang yang nak order // teringin nak cuba Ephyra boleh contact :

Whatsapp : 019-7870062
Instagram : @real__ephyra.sa


Comments

Nor Ain Rusli said…
Perhh banyaknya item yang bawak...
Heheee saya plak kalau boleh, seboleh bolehnya nak bawak diri je.. :)
kejupenyet - kalau tak bawak rasa ada je yang tak kena. hahaha
Amelia said…
hehe sy lak tak suka pki moisturizer sbb asl nk amik wuduk je kena cuci muka. muehehe.
mialia - tulah masalahnya. sebelum wuhuk, kena kesat denga tisu basah dulu. pastu memang takla nak pakai balik. hahaha

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka