Skip to main content

Drama And Movie Marathon

Assalamualaikum.

Hai. semalam cuti sehari daripada blogging. ngehh blogging pun ada cuti ke. ada la wehh. hahaha ni semua sebab drama Suami Sebelah Rumah. Ai memang tak tengok tv and dah berbulan tak tengok tv. bukan sebab rumah takda tv. tapi bila Ai bukak je takde citer best. asal ada citer best, orang lain dah ngadap tv. malas ah nak kacau kan? so memang banyak sangat drama Melayu yang best Ai ketinggalan. last-last marathon online je laa. hambik kau, 20 episod Suami Sebelah Rumah Ai dapat habiskan dalam masa doploh pat jam (24 jam) wewewe~

untuk korang yang belum tengok cerita ni. Tengok tau.
best. kelakar. support drama lokal la bengg~ hee

Selain daripada drama Suami Sebelah Rumah, Ai dah buat list drama dan movie yang Ai nak tengok. yelaa orang tak tengok tv, tak keluar tengok wayang. semua tengok online. wifi kan ada. muahaha dah sambung belajar nanti jangan harap dapat bersenang lenang camni T.T tamak memang tamak nak tengok semua cerita. tapi... kena sabar. habiskan satu-satu cerita baru ada feel kann. so, ini dia list cerita yang Ai nak tengok lepas ni:

  • Harry Potter Series
Dari kecik Ai memang suka tengok cerita Harry Potter sebab dia ala-ala magical gitew. tapi tengok masa kecik-kecik manalah faham sangat kan. lepastu banyak scene cerita ni yang Ai dah lupa. So, Ai nak tengok Harry Potter Series ni semula. 

  • The Girl Who Sees Smells
Drama ni, drama Korea yang paling latest. Ai tertengok teaser cerita ni masa episod last drama Hyde, Jekyll, Me. teringin nak tengok sebab ada Park Yoo Chun (ex-crush Ai dulu wkwkw) lepastu, cerita dia ada kelakar. sebab tu la Ai suka. masuk drama ni, dah tiga drama Yoo Chun berlakon Ai tengok. (Rooftop Prince, I Miss You)

  • Kill Me Heal Me
Drama ni, kawan Ai yang recommend. katanya best gila and ada unsur kelakar. sampaikan bila kitaorang whatsapp, dia tak habis-habis mention pasal  hero drama ni. angau sangat. lepastu asyiklah spam gambar. ngehhhh. dia beria sangat suruh Ai tengok. takpe, kita tengok cerita ni best ke takk XD

  • Cinderella 2015
Cerita ni fairytale sangat. So Ai nak tengok apa beza Cinderella zaman Ai kecik-kecik dengan zaman Ai remaja skang ni? Korang rasa best tak cerita nihh?

  • It's Ok It's Love
Cerita ni... tak pernah tau best ke tak. tapi disebabkan D.O berlakon, Ai nak tengok. yeaa I was a die-hard-fan of EXO (takda la kipas susah mati sangat. tapi semua cerita Exo, and lagu-lagu Exo Ai tahulaa. kewwkeww)

          Banyak betul cerita yang Ai nak tengok. ni belum masuk K-drama yang Ai dah tertinggal untuk tahun 2014. semua gara-gara SPM. T.T takpe nanti kita catch up balik. heee~ korang ada tak cadangan movie atau drama best-best yang nak di'suggest'kan kat Ai? bagitaula kat komen puh-lissss *muka comels* heee~











Comments

Shad said…
banyaknya nak marathon drama n movie.. nnti dah tengok the girl who sees smell bagitau eh, best ke tak.. shad pun tengok gak rooftop prince n i miss you.. hehe.. kill me heal me dengan it's ok it's love hujung minggu ni baru nak marathon.. hehe.. and running man too.. :D

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka