Skip to main content

Your Journey Just Began

Assalamualaikum.

Hai. 3 Mac 2015. tarikh yang paling bersejerah untuk semua calon SPM 2014. serious talk, Ai tak boleh tidur langsung malam tadi. dengan rasa panasnya (boleh terfikir "agak ada api bawah katil aku ke apa" --") panas gila sehh. pastu terkebil-kebil fikir "cemanalah kan result aku?" mulalah dia flashback masa jawab exam haritu. rasa macam kita dah buat sehabis baik (rasa je kan rasaa). tapi nervous tak hilang-hilang. tengok jam dah pukul 2 lebih pagi. takleh jadi ni.

           So Ai pun pergi dapur bukak peti ais ambik dua ketul ais lumur kat muka. hahaha akhirnya lepas beberapa jam barulah terlelap. tak lama pastu alarm bunyi solat subuh. duhhh!!! last-last bangun je tak tidur lagi. hmmm~

Perut lapar gila pagi tu, so suruhlah umi belikan kuih donat Makcik Nor (sedap gila, gebu devasss gitew) dengan karipap. ewahh, dah beli takde selera langsung nak makan. tapi Ai makan jugaklah sebiji bagi buat alas perut. dalam 9 lebih baru pergi sekolah. lulzz time tu takyah cakap ah nak tercabut jantung.

         Time tu memang dah reda, tawakal je la apa pun keputusan yang Ai dapat. positive thinking laa. kalau kata nak frust menonggeng pun dah tak guna. benda dah lepas. just look forward. Alhamdulillah, not too bad and not too excellent. oklah bagi Ai yang tak genius ni. paling tak sangka of course la subjek Add Math.

Cikgu Add Math risau gila dengan result Ai. takut I can't make it. kalau boleh dia nak gegar-gegar badan Ai ni punyalah dia tak sangka Ai boleh dapat 'tu' untuk subjek Add Math. yela selama ni asyik failed, failed, failed (duhh, sekali je pass. kelako gilaa). sekarang dia rasa nak peluk-peluk sebab tak failed lagi. hahaha sorry cikgu, buat cikgu luruh jantung. hahaha

          Serious talk, dalam sebulan lagi nak exam, Ai macam tau banyak benda pasal Add Math (yang selama ni paling payah nak masuk dalam kepala, automatik terror. contohnya, log & indices and ada lagi la bebrapa topik lain yg dulu cam blurr gila tetiba macam yeah!! aku dah boleh buat. Alhamdulillah it was like a miracle) agaknya, kalau tau dari awal, confirm dah A+ (fuyohhh!) hahaha

Pastu jumpa cikgu Sejarah. dah tau dah dia nak cakap apa. "haa awak, sejarah B lagi. dulu PMR pun B. saya paling ingat keputusan awak." maafkan saya cikgu Ridzuan T.T saya dah cuba kejar A tapi dia yang lari (ok jawab dalam hati je). memang Ai taksuka nak baca Sejarah ni. memang selama ni selalu dapat B pun. paling tinggi A-. pape pun, bersyukur tu penting!

         Memang Ai jelajah satu sekolah tadi cari semua cikgu-cikgu tersayangss haa (minta doa berpanjangan gitew. doa dapat jodoh.. eh?? ok gurau hahaha). doa cikgu kan makbul :D So far, Ai still bersyukur dengan rezeki yang Allah dah bagi ni. rezeki Allah tu luas. Ai pun belum decide lagi nak sambung mana. nak kasi cool down dulu (paneh lagi nii)

Tengoklah lepasni, apply je mana-mana (jangan memilih sangat. awak tu takdelah genius mana) ramai je yang suggest perguruan. ishh kalau dapat cikgu, dah tentulah atuk Ai jadi orang yang paling gembira dalam dunia ni haa. belum ada pewaris dia lagi yang menurun jadi cikgu. heheh. tengoklah nanti macam mana kan? benda ni kena fikir banyak kali. masa depan wehh. ya ya ya yaa. untuk semua batch 97, tahniah! korang dah buat yang terbaik :)

p/s: Semangat tu kena ada. lepasni nak aim dekan boleh? takpun 4flat keee. heee Insya Allah~






       

Comments

Amelia said…
add math sy teruk :'( hukhuk. menyesal tak buat soalan price indices tu dulu. xtau knp soalan add math ms mula2 tu mmg blank je nk jawab. dah nk habis masa bru tringat camna nak buat :( :( :( sakit hati ni, kehkeh.

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka