Assalamualaikum.
Hai. minggu lepas, seminggu Ai tak update blog kan? sebenarnya Ai pergi short vacay dekat Langkawi. yeayy! it's my first time there. macam-macam yang jadi sepanjang 4 hari Ai kat sana. semuanya pengalaman yang best sangat! siapa kata Malaysia takde tempat best nak melancong? Ai pergi vacay dengan umi, ayah, maktok ngan abah.
Hari Pertama - 23 Mac 2015 // Isnin
Kitaorang naik flight tengah hari tu daripada Senai International Airport ke KLIA2. sebab dari Senai ke Langkawi takde direct flight. so terpaksa la ambik tiket asing-asing. sampai Langkawi dah petang. terus check-in motel dekat Pantai Chenang.
Dekat Langkawi, Ayah sewa kereta. so, takdelah guna pemandu pelancong ke apa kan. lebih senang drive sendiri je. dan kalau nak pergi ke tempat-tempat menarik, just turn on your GPS. huhuu senang je kan, kalau takde GPS, ikut je arah papan tanda, Langkawi tak besar mana pun. kalau korang pusing-pusing, tetap jalan yang sama (cuma membazir minyak laa teheehee) even pelancong asing pun ada yang drive sendiri. takpun diaorang rempit je dengan skuter (comel hahah) - guna International License~
Lepas dah check-in, punggah beg dan solat semua, kitaorang keluar pergi cari makan~ perut memang lapar sangat sebab dari tengah hari belum makan. pusing-pusing area Pantai Cenang je, memang banyak kedai-kedai makan dekat Pantai Cenang. yelaa kawasan resort, motel, spa semua ada kat situ. restoran makanan Western, Arabian, Japanese pun ada jugak kat sekitar tu. Malam tu Ayah bawa kitaorang pakan dekat Thai Muslim Seafood. sebelah dengan mini market.
Bagi Ai sendiri, restoran / kedai-kedai makan dekat kawasan Pantai Cenang ni memang mahal (sebab ramai pelancong asing). kalau nak jimat duit, Ai sarankan pergi makan dekat luar kawasan Pantai Cenang. bab rasa dengan kualiti makanan sama je sebenarnya. kalau nak paling jimat, makan dekat gerai tepi jalan. sedap pun sedap wehhh! harga takyah cakaplaa memang murah sangat!!
Hari Kedua - 24 Mac 2015 // Selasa
Masuk hari kedua, awal pagi Ai dah bangun. lagipun malam tu tak tidur sangat (biasalah bila dah beralih tempat tidur. hewwheww) disebabkan Ai kurang tidur, maka sebelum sarapan, kita pekena Ephyra dulu. energy booster giteww (nak berjalan sepanjang hari ni~)

bilik Ai sebelah pantai je. heww best!
Melati Tanjung Motel, Pantai Cenang.

Macam biasa, carrot susu my favourite drink. nomnommm~
Nama pun Thai seafood. tomyam dan ikan siakap sweet sour
menu WAJIB! yang best lauk dia pedass. nyamm!
Bagi Ai sendiri, restoran / kedai-kedai makan dekat kawasan Pantai Cenang ni memang mahal (sebab ramai pelancong asing). kalau nak jimat duit, Ai sarankan pergi makan dekat luar kawasan Pantai Cenang. bab rasa dengan kualiti makanan sama je sebenarnya. kalau nak paling jimat, makan dekat gerai tepi jalan. sedap pun sedap wehhh! harga takyah cakaplaa memang murah sangat!!
Hari Kedua - 24 Mac 2015 // Selasa
Masuk hari kedua, awal pagi Ai dah bangun. lagipun malam tu tak tidur sangat (biasalah bila dah beralih tempat tidur. hewwheww) disebabkan Ai kurang tidur, maka sebelum sarapan, kita pekena Ephyra dulu. energy booster giteww (nak berjalan sepanjang hari ni~)
Ephyra my energy booster!!
Mula-mula kita jalan-jalan tengok kapal layar sambil berselfie. wakakakaa sebenarnya, masa tu tengah cari tempat cable car. tengah on the way tu ternampak kapal layar tengah parking dekat dengan stesen minyak Petronas. so berhenti kejap untuk berselfie. muehehe
Ni maktok ngan Abah kita. diaorangla yang jaga kita bila Umi
ngan Ayah kerja. Love both of them. maktok masak sedapp tau hehe~
Jalan punya jalan ikut signboard, akhirnya jumpa tempat cable car!
Panorama Langkawi.
Belakang tu tempat cable car. kita selfie dulu. tengok-tengok harga tiket.
tak naik pun cable car nya masa ni. sebab Umi, maktok ngan Abah seriau.
mihmih. diorang gayat.
tempat jual tiket cable car.
Last-last kita pergi tengok buaya je.
buaya pun pandai buat show ok!
kalau tengah-tengah syok tengok buaya, tetiba rasa nak terkench
ataupun terberon. jangan risau. tandas ada. bersih lagi ok~
Lepas dah sudah meneroka dunia buaya, kita pergi pulak ke Kota Mahsuri.
dalam Kota Mahsuri ni terletaknya Makam Mahsuri.
Makam Mahsuri
Sedikit maklumat tentang kematian Mahsuri.
Tentang Telaga Mahsuri
Telaga Mahsuri. air telaga ni sejuk gilaaa. lepas cuci muka dengan
air ni, rasa segar sangat. rasa nak mandi kat situ jugak!
Air telaga yang diproses. boleh diminum terus, takde masalah :)
Lepas lawat Makam Mahsuri, kita pergi Beras Terbakar pulak.
Info tentang beras terbakar.
Rupa fizikal beras terbakar.
Tapak kawasan Beras Terbakar.
Lepas dah melawat banyak tempat, kita pi solat duluan dekat Masjid Beras Terbakar.
lepastu makan tengah hari dekat tepi pantai dekat dengan kawasan lapangan terbang.
Nasi Ayam jual dalam lori. rasa pun sedap, harga toksah cakap MURAH sangat!
sambil makan, boleh tengok laut. lepastu boleh tengok abang pilot take off and landing.
perghhhh! heaven and Earth.
Perut kenyang, hati senang. solat pun dah sudah. kita jalan lagi. kali ni ke Underwaterworld Langkawi (yang terletak di Pantai Cenang). best sangat! macam-macam jenis hidupan laut ada. yang pelik-pelik rupanya pun ada. bukan setakat hidupan laut, hidupan darat pun ada tau. siap ada waterfall lagi dalam tu. memang daebakk ah! underwaterworld ni luas dalam dia. so kalau korang bawa warga emas, ibu mengandung ataupun rasa malas / tak larat nak jalan, boleh sewa kerusi roda (duit dipulangkan semula asalkan pulang kerusi roda. heheh)
I spot a blue and yellow birdie birds.
Penguin! berbulu kuning. African Penguin
corals tu cantik bakhang!
waterfalll yeayy yeahh~
Fuhh hari kedua memang banyak sangat tempat pergi. memang cukup memenatkan badanlah orang kata. yang penting dapat kepuasan dan pengalaman baru. phew~ habis part 1.
Comments