Skip to main content

Produk Review : Syampu & Face Mask (by me!)

Assalamualaikum.

          harini saya nak cerita sikit pasal produk yang saya dah cuba. It was awesome and amazing! korang boleh try jugak kalau berminat. 


baiklah, the first produk yang saya nak share ialah syampu SB Super Beauty. kebaikan syampu ni ialah mampu, melebat, melicinkan dan mengurangkan rambut gugur. bau dia pun wangi! yes, memang diakui rambut saya jenis yang mudah gugur. gugur yang tahap dahsyat melampau. lepas bangun tidur tu, siaplah rambut bergumpal-gumpal dekat bantal dan katil. *sighhh*


          tu tak termasuk bila cuci dan sikat rambut. lagi berpuluh-puluh helai gugur. tension wehh rambut gugur ni. buruk benar rupanya sebab bilik nanti penuh dengan rambut gugur. banyak dah syampu yang saya cuba, dari Sunsilk, Herbalife, Schwarzkopf semua macam hampeh. actually yang Herbalife punya tu ok. It's just tak cukup buih (for my hair) and Umi tak belikan conditioner sekali. so, fail! 


jadi, lepas dengar radio pasal syampu SB Super Beauty ni, Umi pun suruh la saya cuba. haha Umi pun tak tahan tengok rambut saya yang gugur melampau. dan harapnya lepasni dah tak tukar syampu lagi dah.




          tadaaa! inilah rupa syampu tu. saya beli syampu ni dekat kedai jual jamu. harga dia RM 29.90. berbaloilah dengan hasilnya. :) jadi, untuk sesiapa yang ada masalah macam saya boleh cuba syampu ni. 

produk kedua yang saya nak share ialah Floral Mask from Dian Pixy. face mask ni memang best sangat. kalau korang agak-agak muka korang ni jenis berminyak atau banyak whitehead dan blackhead, elok sangatlah pakai Floral Mask ni.

          bau dia pun sedap. bau lavender and warna purple. bila dah pakai, memang segala mak ayah atuk nenek whitehead blackhead semua tanggal. percayalahh. saya dah cuba. tapi saya tak ambil gambar result mask saya. sebab setiap kali saya tarik mask, dia akan bergulung dan menyebabkan saya susah nak capture. Grrrr~ jadi korang tengok testimoni lain ye. tapi, seriously, lepas saya pakai, memang nampakla whitehead tu tertarik sama. 

this is me. wearing Floral Mask. 

Floral Mask (50ml) for RM 39.90

Floral Mask (100ml) for Rm60+

ini merupakan testimoni orang lain. ohh saya punya takdela seteruk ni.
hehehe~ ok sikit. *shy*

boleh refer gambar ni untuk cara penggunaan.

untuk makluman korang, mask ni hanya boleh mengurangkan jerawat dan kulit berminyak serta menanggalkan blackhead dan whitehead. jadi ia tak boleh memutihkan kulit atau menghilangkan parut jerawat. saya beritahu awal-awal takut ada yang salah faham pulak. hehehe~

p/s: jom pakat-pakat beli Floral Mask ni. meh sokong barangan buatan Malaysia. paling penting, produk Muslim! oh sebelum terlupa, saya beli produk ni secara online.




Comments

Anonymous said…
Floral mask ni ada dekat kedai jamu tak???

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...