Skip to main content

The Last Farewell : Atuk

Assalamualaikum.

          Salam Ramadhan semua. Harini dah masuk yang ke-10 Ramadhan. cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ni bersama keluarga tersayang. :)

tapi, dalam kita bergembira menyambut Ramadhan jangan lupa kepada ahli keluarga atau sahabat yang dah takde. cakap pasal orang yang dah takde, Jumaat yang lepas, 4 Julai 2014 bersamaan dengan 6 Ramadhan, pada jam 12.08 tengah hari, saya telah kehilangan seorang atuk (sebelah Umi). Inalillah~

          Atuk memang dah lama sakit (sejak tahun lepas). sepanjang setahun ini arwah asyik keluar masuk hospital je. betapa menderitanya. Arwah atuk sakit susah nak bernafas. semenjak sakit, arwah atuk hilang selera makan. sebab tu lah badan dia semakin hari semakin kurus.

ada sekali tu, kesihatan dia dah bertambah baik. Alhamdulillah gembiranya kami waktu tu. badan dia pun dah nampak agak berisi. tapi ternyata sekejap je keadaan dia macam tu. beberapa minggu lepas tu penyakit semput/ sesak nafas dia datang lagi. semenjak tu, atuk tak pulih-pulih lagi. :( sampailah hari arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

          Cerita bermula . . . 

Hari Khamis minggu lepas, saya dengan family balik kampung (Pontian) sebab bulan puasa ni kitaorang belum balik sana lagi. kebetulan hari tu merupakan hari yang sama arwah masuk hospital. jadi, malam tu saya, umi dan ayah pergilah melawat arwah dekat hospital.

          kitaorang bawakkan atuk mee goreng + sedikit murtabak. sampai kat hospital rupa-rupanya arwah atuk kena quarantine dekat wad persendirian sebab disyaki batuk kering. atuk masa tu tengah tidur. dia tak perasan pun Umi dan saya masuk. lepas tu Umi sentuh kaki dia, usap-usap tangan dia dan atuk tiba-tiba tersedar.

lepas dah sedar tu Umi tanya, nak makan ke tak? tapi atuk takde selera. tapi Umi tetap pujuk suruh atuk jamah walaupun sesuap. Alhamdulillah, atuk makan jugak walaupun sikit. ok, keadaan time tu saya akui sungguh sedih. But who knows haritu merupakan hari terakhir kami bersemuka? Allahuakbar~

          bila dah menjamah sesuap tu, atuk minta air teh bunga yang sejuk. jadi, ayah pun belikan. atuk kata, dia lega bila dapat air tu. terserlah kegembiraan dia. :) tak lama lepas tu nurse masuk nak bagi ubat. lepas beberapa minit, saya dan Umi pun decide nak balik dah. sebab hari pun dah malam. Circumstances in the ward is quite somber. yeah, nobody knows that was our last farewell. 

          dipendekkan cerita, hari Jumaat, aku bertolak balik Segamat. dan dalam perjalanan tu, Umi dapat call yang atuk dah tenat. sampai je Segamat, saya dapat whatsapp dari kakak sepupu saya yang atuk dah takde. innalillah~ . jadi, lepas ayah dengan angah balik solat Jumaat, kitaorang satu famili terus pecut balik Pontian.
Alhamdulillah sempat sampai sana sebelum atuk dikebumikan. saya pun sempat baca Yassin untuk arwah~ jadi saya tak terkilan sangat. saya juga sempat tengok arwah untuk kali yang terakhir. Alhamdulillah, atuk selamat dikebumikan jam 6 petang. dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. :)






Al-Fatihah
Allahyarham Tn. Haji Abdul Samad bin Hassan
(22 Mac 1938 - 4 Julai 2014)


          

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pema...

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...