Skip to main content

Umi, Mak, Ibu, Mama

Assalamualaikum.

          tajuk yang aku nak share harini ialah tentang 'mak'. semua orang ada mak kan? kalau tak ada mak, macam mana korang dilahirkan ke dunia ni? tak kiralah mak korang dah meninggal atupun masih bernyawa, korang tetap ada mak kan? sebenarnya aku terdetik nak tulis entri pasal mak lepas aku baca blog kak Amalina Peter . dalam blog dia tu dia ada ceritakan pengalaman dia bersalin anak pertama dan juga anak kedua.

tersentuh juga hati aku bila baca entri kak Mel. betapa besarnya pengorbanan seorang mak yang bertarung nyawa nak melahirkan kita ke dunia ni. semua orang tahu yang bersalin tu memang sakit. but can you imagine sakitnya macam mana? teruk sangat ke? oleh itu, aku buat keputusan untuk google search tentang pengalaman bersalin yang lain. and again, aku rasa insaf lagi. 

          sakit bersalin merupakan sakit yang paling sakit dekat dunia. Secara puratanya manusia hanya boleh menahan sakit sehingga 45 (del) unit sahaja.Tapi apabila sakit bersalin, para ibu yang mulia ini terpaksa menahan kesakitan sehingga ke 57 (del) unit. Iaitu satu julat kesakitan yang amat sakit sehingga rasa sakitnya disamakan seperti 20 tulang yang dipatahkan serentak! Ya Allah sakitnyaa.



rata-rata cerita yang aku baca, sama macam cerita kak Mel.semua mak rasa sakit yang amat sangat bila nak bersalin. sakit yang susah nak diungkapkan dengan kata-kata. setiap kali contraction datang, mak kita akan rasa sakit yang pada tahap maksimum punya. kata kak Mel, kalau nak tahu sakit contraction macam mana, korang kena bayangkan kita boleh patahkan holder dekat tepi katil hospital. tapi mak kita tahan juga kan? demi nak lahirkan kita dekat dunia ni. betapa sayangnya mak pada kita semua.

          patutlah kita sebagai anak kena utamakan mak dalam apa jua keadaan. jangan melawan cakap mak, jangan tinggikan suara pada mak. Ya Allah, bila ingat balik, banyak betul dosa aku dekat mak. mak dah susah-susah lahirkan aku, jaga aku masa baby, sanggup tak tidur malam semua, jaga makan minum aku. banyak betul pengorbanan mak. betullah orang cakap, syurga tu di bawah telapak kaki ibu. tapi pengorbanan aku pada mak tak sebanyak tu. :(



kesimpulannya, hormatilah mak korang. jangan pernah buat dia susah hati ataupun sakitkan hati dia. kalau boleh korang bacalah pengalaman bersalin dekat google. aku yakin, bila korang dah baca, korang akan lebih menghargai dan lebih menghormati mak korang. Insyaallah. tapi, jangan lupa korang pun ada ayah yang perlu dihormati. kalau takda ayah, korang pun takkan ada dekat muka bumi ni. :) jadi, hormatilah kedua-duanya. 



Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka