Skip to main content

Couple atau Single?

Assalamualaikum.

          "couple atau single ?" dua benda ni selalu jadi isu dalam kalangan budak sekolah. (eh, ayat kau takyah nak skema sangat okehh) ni terpengaruh buat karangan SPM. ok berbalik pada topik. focus lah! budak-budak sekolah sekarang ni ramai yang couple. ehemm, ni berdasarkan pemerhatian aku dekat sekolah laa. (hoii, pergi sekolah belajar ke ngendap orang ni?) jeng jengg dua dalam satu pun bolehh. kadang-kadang time balik sekolah tu ternampak juga dua makhluk bersama-sama di sebalik tiang. tak pun bawah pokok. haaa, 'SWEET SANGAT' katako. aku rasa macam nak baling kasut saiz 5 ni kat muka diaorang.




ehh jangan salah faham pulaa. it's not that I'm jelous. cumaa agak meluat jugalah. tak payah kot tunjuk aksi sotong kurita kalian tuh. ada fellows kat sekolah aku (budak kelas belakang) kata, orang yang tak couple ni kuno. tak laku dan sebagainyaa. alahaiii, jodoh tu ditangan Allah. orang yang tak pernah couple pun bertemu jodoh juga. contohnyaa macam orang zaman dulu-dulu. mana ada diorang bercouple-couple ni? terus je kahwin. senangg. tapi tu dulu. jangan pulak lepas baca entri ni kau pergi cakap kat parents kau "mak, ayah orang nak kahwin". ada yang kena penyepak nanti. 

          jadi untuk tak memeningkan kepala. apa kata stay focus on your study. tak payah laa couple-couple ni. buat tambah masalah je. bila couple, kang dok sibuk nak jaga hati pasangan masing-masing. nak berkawan pun terbatas. "nanti dia jeles". nanti bila dah start cemburu, mulalah gaduh. bila dah gaduh prong prang prong prang, putus pulak. nanti mulalah frust menonggeng lah, tertonggeng lahh. kalau menonggeng tertonggeng takpe lagi. buatnya nak bunuh diri ke, nak toreh tangan, tak menyusahkan pulak? ingat ya adik-adik dan sahabat sekalian, bunuh diri dan mencederakan diri sendiri tu berdosa. sekalipun tak takut dunia, takutlah dengan azab Allah. please okkk.




tak payah risaulah kalau tak pernah couple. biarlah orang nak kata kita kuno ke, tak laku ke. so what? janji kita laku di sisi Allah. kalau single banyak manfaat tau. boleh stay fokus on study. duit top up pun jimat. nak kawan dengan sesape pun boleh (asalkan pergaulan terbatas). takda sape nak jeles. dosa pun kurang. kalau couple, mesti ada adegan-adegan yang tak sepatutnya jadi. contoh pegang tangan ke peluk-peluk ke (megalahkan orang dah kahwin). alasan? "I sejuklahh" iklim Malaysia panas dan lembap. bila masa datang sejuknya? kalau nak kata musim hujan, apalah sangat. suhu tak drop jauh lahh. nak kata salji? belum lagi kot. lagii, selalu minta duit kat mak ayah sebab nak beli top up. padahal beberapa hari yang lepas ayah baru je top up kan. kalau yang jahat sikit, dia tipu mak ayah. kata nak beli barang ni lah, itulah, apalah. jangan ok, jangan buat. ni sekadar contohh. so girls and boys jangan tambah dosa.

          mungkin ada sesetengah remaja yang kata "kitaorang couple je tapi takda pegang-pegang". couple ada pegang ke takda pegang ke tetap haram. takda istilah 'Couple Islamik' ke apa ke. tu semua ciptaan budak tak matang. "sunyi kalau tak couple". ada mak, ayah, siblings, atok, nenek, kann? ada kawan baik kan? so apa gunanya diaorang? kongsilah cerita dengan diaorang. takdalah sunyii. korang kan dah besar, dah matang katanyaa jadi korang sendiri boleh fikir mana yang baik mana yang buruk. boleh nilai sendiri benda-benda tu semua. yang penting sekarang ni, korang yang masih dalam alam persekolahan macam aku ni. teruskanlah perjuangan korang. strive untuk score cemerlang. kejar cita-cita duluu. satu hari, masanya akan datang juga. jodoh tu Allah dah tetapkan untuk kita semua. cuma taktahu bila. kita buat je kerja kita. tak payah sesakkan kepala nak fikir benda yang tak penting. Allah kan ada. Dia tahu apa yang terbaik. :)



sebagai perempuan kita kena berani dan lawan nafsu kita.


Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Diploma Bahasa Inggeris UPSI

Assalamualaikum.  Hai. Aku kembali lepas beberapa hari menghilangkan diri. Sebenarnya, Aku pergi Tanjung Malim, Perak sebab ada temuduga untuk jurusan diploma Bahasa Inggeris dekat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). It's just an interview. tapi harap-harap terpilih/lulus ujian khas dan temuduga tu. Aminn. doakan ya? :)           Bila cakap pasal UPSI benda yang akan keluar dalam kepala mesti "jadi cikgu" . Just like when I told my grandparents that I was chosen to be interviewed in UPSI. "Jadi cikgu BI lah ni." (since my grandfather was a teacher) tak semestinya. Aku baru ambil jurusan diploma. habis diploma, belum layak jadi cikgu. kena sambung ijazah lagi. dan tak semestinya yang belajar kat UPSI tu, semuanya jadi cikgu. kena tahu tu. My interview was on 21 April 2015. (sejak bila speaking ni Aishah?) pagi tu, pukul 8.15-10.30 pagi, calon-calon temuduga kena lalui ujian khas. atau senang kata, writing test. ujian ni, termasuklah pemahaman

Punca Kuku Cepat Panjang

Hi.           "Kerap berak sebab tu kuku panjang." kata Chef Lin kepada Opah kata kepada aku. chia chia chia. Eh, tapi betul ke bila selalu berak ni kuku cepat panjang? Yes, kuku aku memang cepat panjang, and yes aku memang jenis kerap berak. Sehari sekali mesti berak. Tak kira pagi, petang ataupun malam. Bukankah itu tandanya usus aku sihat? hihihii. Dan kuku aku memang cepat panjang. Lepas tiga hari aku dah nampak kuku putih memunculkan diri.           "Padahal tiga hari lepas baru potong kot!!!" rungut aku setiap kali tengok kuku putih dah muncul. Tak tak, kuku cepat panjang bukan sebab kau kerap berak jadah semua. Tapi sebab kuku tangan kerap terdedah dengan environment (environment gituhh). Contoh la ka n  kit a makan, basuh tangan ataupun menyentuh apa-apa jelah. Lebih-lebih lagi kalau kita makan guna tangan, makin banyak la nutrien dari makanan tu diserap oleh kuku kita. Haa sebab tulah kuku kita tumbuh dengan pesat. Cukup air cukup nutrient. So tak

Temuduga Masscom UITM

Hai.           Harini saja nak share pengalaman interview kos Masscom. Ya, aku mohon Diploma Mass Communication atau dalam Bahasa Melayunya, Diploma Komunikasi dan Media. Pernah dengar? Kalau pernah, tahniah korang seorang yang PEKA. Kalau tak pernah, korang kena lebih banyak explore dan membaca. Sebenarnya aku pun takde la tahu mendalam sangat pasal Masscom ni. Yang aku tahu dia berkaitan dengan media. Tapi, memandangkan aku dapat interview kos ni, jadi kenalah study serba sedikit. Apa yang aku dapat sepanjang 'research' kos ni orang panggil kos artis. Sebab kebanyakan artis, Instagram famous, wartawan, pengacara semua merupakan pelajar Masscom. Nama pun media kan?           Temuduga aku haritu dekat UITM Pasir Gudang. Bertarikh, 23 April 2016. Selang 3 hari dengan aku punya temuduga Farmasi SPA. Jadi, preparation aku pun ala kadar je sebenarnya. Sebab masa dah tak banyak. Aku baca mana yang patut je. Sebenarnya, interview ni ada dua perkara. Mula-mula dia aka