Assalamualaikum.
Nampak tak tajuk apa yang aku nak story harini? yes. herbalife punya product. nama product ni Radiant C. aku rasa nama dia Radiant C sebab bila kita pakai product ni, kulit kita lebih bersinar dengan tambahan vitamin C. eh? betul ke? haa lebih kurang camtulaa. aku mula pakai ni semua sebab tengok akak aku pakai. bila tengok kulit dia dah lawa, aku pun nak guna. sape taknak lawa wooiii? hahaha.
ni lah dia contoh set Radiant C. ada facial scrub, face quencher
dan krim (krim dia aku taktau nama apa sebab aku tak pakai) hhe.
Setakat ni aku cuma pakai dua produk je. facial scrub dengan face quencher. produk ni memang zzangg (terbaikk) sangat. kalau nak cerita pasal kebaikan Herbalife ni, sampai esok pun tak habis tau. tapi takpaa, aku akan cerita jugak secara ringkas :)
Berdasarkan pengetahuan yang aku ada tentang set Radiant C ni, dia boleh mencerahkan kulit kita dari dalam. tak payah dah nak suntik-suntik vitamin C lagi dah sebab dalam Radiant C ni dah penuh dengan vitamin C (kalau tak, takkan la nama dia Radiant C kan?) . see? senang kan? tak payah dah nak pergi buat facial treatment.
Selain tuuu, dia boleh melembabkan kulit yang kering, licinkan kulit serta menegangkan kulit dan menjadikan kulit kita lebih segar dan bermaya. kalau orang yang ada masalah jerawat, jeragat, bintik hitam ke apa ke boleh jugak nak guna. sebabnya dalam facial scrub Radiant C ni ada manik-manik jojoba yang akan menyerap masuk dalam kulit muka kita.
Radiant C ni takda kesan sampingan. (kalau ada kesan sekalipun, kulit korang jadi lebih cantik, smooth. tu je kesan dia. hheh) so takpayah la ragu-ragu nak guna. bau dia pun sedap. bau buah oren. kadang-kadang bila tengah cuci muka tu, rasa macam nak makan je gel dia. hahaha. aku story ni bukan apa, just nak share produk yang aku guna. bak kata orang putih, 'Sharing is Caring, Caring is Loving' kann? kalau produk ni tak bagus, tak kuasa aku nak promotenyaa . *peace* :))
Tapii, kalau nak kulit korang lagi cepat licin, gebu ala-ala Korean tuu. korang boleh jugak minum Herbalife punya shake. eh? apa pulak shake ni? haaa takpa-takpa next entri nanti aku cerita. harini kita cerita pasal Radiant C ni duluu. :D
p/s : stay tuned ok?
Comments