Hi. Weh lama gila kan aku tak update apa-apa dekat blog? Barangkali pembaca blog ni fikir penulisnya dah pupus. Dah bersawang teruk blog aku ni. Seperti yang sedia maklum, waktu entri ini ditulis satu Malaysia (pembetulan, satu dunia) tengah memerangi Covid. Harini dah masuk fasa entah keberapa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hope sesiapa yang baca ni are doing all right. You did a great job #kitajagakita #sihatkanmalaysia tibeh. Ok dalam pada tahun ni sibuk dengan penyakit Covid ni kan, aku sempat jugak mendarat di tanah negara Halyu awal tahun haritu. Dengan keadaan Korea tengah tinggi dengan kes covid aku dengan berani matinya pergi jugak Korea dengan kawan-kawan. Alhamdulillah dapat balik dengan selamat dan tak bawa jangkitan kepada orang-orang kat Malaysia ni. Ok back to the main purpose entri ni. So, bulan Februari lepas aku pergi Korea dengan kawan-kawan aku. Buat pertama kalinya pergi travel jauh tanpa parents ataupun orang yang lebih tua dari aku...
Hi. Wah kemain panjang lagi tajuk. Haa macam mana dengan hari keempat puasa? Masih steady ke tidak? Jangan risau saya masih bersama anda. Teruskan usaha! Ingat niat puasa kerana Allah sebab puasa itu benda wajib jadi taklah kita rasa puasa ni satu bebanan. Ok-ok, kalau entri lepas aku share idea untuk sahur kan? Kali ni nak share resepi untuk buat juadah berbuka pula. Yang pasti sememangnya diet-friendly ya kawan-kawan, jangan risau. Ya Allah. Sedapnya masih teringat lagi rasa dia. Sedap teruk! Bahan-bahan: 1/4 bawang holland 1/2 limau kasturi 2 ulas bawang putih 1 inci halia Cili padi (ikut suka nak letak banyak mana. Nak ganti guna cili merah pun boleh) Dada ayam dipotong dadu Salt & pepper * Serbuk kunyit * Cajun * 1 tsp minyak kelapa (coconut oil) * Cara-cara: Gaulkan ayam dengan bahan-bahan bertanda * sampai sebati dan biarkan selama 5 minit Panaskan non-stick pan (api kecil) dan masukkan ayam yang dah diperap 5 minit tadi....