Assalamualaikum. Harini bukan nak cerita pasal tips, bukan pasal review atau apa-apa je tentang kecantikan dan sebagainya. Tapi nak share cerita je. Kot la nanti boleh jadi kenangan dah tua. Semalam aku dapat whatsapp daripada YDP Kolej Tun Hasan yang mengatakan bahawa aku passed interview JPK haritu. Ok, ok, bagi yang taktau apa tu JPK. JPK stands for Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Kalau dekat UITM memang kitaorang guna perkataan JPK untuk sesiapa yang ada jawatan dalam kolej. Aku sebenarnya taktau la nak kata suka ke tak suka ke bila tau dah dapat jawatan tu. Padahal aku yang mintak. Kolej Tun Hasan ni sebenarnya kolej senior sebab tu la aku macam tak berapa nak happy sebabnya aku ni masih junior dan sangat mentah dalam bab kepimpinan. Tapi sebab aku apply JPK ni pun sebab aku nak cabar diri aku dalam bidang kepimpinan sebab aku tau aku sangat kurang bab tu. Interview JPK ni lama dah. Cuak jugaklah masa pergi interview ni haa, sebab semua yang ...
Just because my path is different doesn't mean I'm lost.