Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Resipi Nasi Goreng Butter

Assalamualaikum. Hai. kembali melanguk di dapur lepas dah seminggu tak masak. kwang kwang~ setakat masak simple mimple untuk perut sendiri ni boleh la. kalau kata nanti nak bagi si lelaki makan. errrrr.. takpe lambat lagi untuk tu.           Sebenarnya takda idea nak masak apa. lepastu tengok nasi semalam ada lebih (pulaktu nasi beras basmathi uiii dapp dapp) hapee lagi, mengorak langkah berperang lah di dapur. Bahan-bahan: sedikit butter (untuk menumis) sebiji telur  bawang merah  bawang putih sedikit garam sos tiram nasi Cara-cara: cairkan sedikit butter dan pecahkan telur. gaul sampai jadi scramble egg dan ketepikan. tumbuk bawang merah dan bawang putih (tumbuk kawkaw punya kekeke) cairkan butter dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk ganas tadi (ganas katakoo) masukkan garam, sos tiram dan scramble egg tadi. kacau sehingga rata~ masukkan nasi dan gaul gaul gaul sampai sebati. ...

Travelogue: The Best Of Langkawi [Part 2]

Assalamualaikum. Hai. okehh okehh nak sambung travelogue Langkawi Part 2.   Hari Ketiga: 25 Mac 2015 // Rabu           Pagi tu Ai sarapan dekat kedai roti canai seberang jalan dengan motel. dapp dapp. harga pun tak mahal (harga biasa). tengah-tengah breakfast tu, adalah dua orang lelaki Korea datang kedai tu nak breakfast. kebetulan diaorang duduk belakang Ai. Ai dah siap makan, tunggu Umi ngan Maktok je. sambil menunggu tu Ai pandanglah orang Korea berdua ni. diaorang tengah pening nak order makanan. pastu yang sorang ni ternampak Ai. so dia pun senyum. Ai senyum balik sambil tanya "Hanguk saram?" maksudnya "orang Korea?" diaorang berdua punyalah terkejut beruk sampai fikir Ai ni orang Korea. sempatlah jugak bersembang guna bahasa Korea dengan diaorang berdua. nak selfie cam malu jee. ahhaha last-last minta izin pergi.           Lepas sarapan, Ayah bawak pergi Pasir Hitam. mencari ikan kering dan sewaktu dengannya....

Travelogue: The Best Of Langkawi [Part 1]

Assalamualaikum. Hai. minggu lepas, seminggu Ai tak update blog kan? sebenarnya Ai pergi short vacay dekat Langkawi. yeayy! it's my first time there. macam-macam yang jadi sepanjang 4 hari Ai kat sana. semuanya pengalaman yang best sangat! siapa kata Malaysia takde tempat best nak melancong? Ai pergi vacay dengan umi, ayah, maktok ngan abah. Hari Pertama - 23 Mac 2015 // Isnin            Kitaorang naik flight tengah hari tu daripada Senai International Airport ke KLIA2. sebab  dari Senai ke Langkawi takde direct flight. so terpaksa la ambik tiket asing-asing. sampai Langkawi dah petang. terus check-in motel dekat Pantai Chenang. bilik Ai sebelah pantai je. heww best! Melati Tanjung Motel, Pantai Cenang. Dekat Langkawi, Ayah sewa kereta. so, takdelah guna pemandu pelancong ke apa kan. lebih senang drive sendiri je. dan kalau nak pergi ke tempat-tempat menarik, just turn on your GPS. huhuu senang je kan, kalau takde GPS, ikut j...