Skip to main content

Posts

First Time Main Bowling

Hi. Satu benda yang aku tak pernah buat sepanjang proses manjadi dewasa. Main bowling. Ya, betul tiada pendedahan tentang perkara itew dalam hidup aku. Lagipun pusat bowling dekat Segamat pun aku taktau dekat mana. Kawan-kawan lain pula bukan jenis minat main bowling sangat. Kot. Sejak duduk Shah Alam ni pandai dah pergi main bowling. Salahkan Nuna dengan Adib. Sebab diaorang yang ajar aku. Seumur hidup aku memang tak pernah pegang bola bowling. Apatah lagi nak pergi main kan? Thanks to them I learned new experience here in Shah Alam.  Kali pertama main, noob teruk. Asyik kalah je bola masuk longkang. Sampai rasa give up. Oh tapi tidak ya. Game kedua aku bangkit dengan skor yang lebih tinggi gitew. Mungkin dah dapat 'feel' kot. Sekarang? Jangan cakap laa dah pandai okay. Dah boleh score 100 keatas.  Disebabkan dah dapat 'feel' main bowling tu. Sekarang ni jangan sesiapa ajak aku main bowling, sebab sentiasa Onz. Siapa expect aku dah ketagih m...

Makan: Ayam Gepuk Pak Gembus Seksyen 7

Hi. Haritu aku pergi try makan ayam gepuk dekat Seksyen 7 Shah Alam. Yelaa aku ni memang penggemar makanan pedas. Kalau bab makan sambal tu memang no satu la. Kalau makan tapi takde pedas memang boleh jadi emosi. Banyak review cakap ayam gepuk ni sedap sampai beratur kalau nak makan. So apa lagi, aku pergilah try.  Biasanya kedai dia buka pukul 11 pagi - 4 petang sahaja. Kalau taknak beratur panjang kenalah datang awal. Level kepedasan sangat menepati citarasa aku yang kuat pedas ni. Oh lupa nak bagitau, kalau rasa sambal yang dia bagi tu macam tak cukup, boleh je untuk request sambal lebih. Tapi lepastu tanggung sendiri heheh.  Kalau rasa korang ni jenis yang tak kuat pedas tapi nak try, try sikit je dulu. Sebab pedas dia memang sampai boleh bawak maut. Penangan ayam gepuk esoknya aku sampai cirit keluar masuk toilet. Tapi, lepas perut dah tak sakit, tetap nak repeat lagi makan ayam gepuk ni sebab sedap teruk!  Seeloknya kalau nak makan makanan EXTRA P...

Resepi Ayam masak pindang

Hi. Harini nak share resepi simple dan sedap. Sangat-sangat sesuai ya untuk orang yang tengah diet ataupun dalam pantang. Ni menu lunch aku. Ayam masak pindang  dan sayur goreng (sawi, kobis bunga & lada benggala) Bahan-bahan: Ayam Kunyit* Halia* Bawang merah* Bawang putih* Serai (titik) Cili padi* Asam keping Garam Air Cara-cara: Macam biasa bersihkan ayam. Tumbuk atau kisar bahan yang bertanda * (kalau tumbuk pakai lesung lebih sedap tau) Titikkan serai Kemudian gaulkan semua bahan yang telah ditumbuk dan serai pada ayam dalam periuk Masukkan asam keping dan air sehingga ayam tenggelam Nyalakan api, masukkan dan tutup periuk (tunggu sampai mendidih) Lepas mendidih, perasakan dengan garam.  Pastikan ayam masak sepenuhnya kemudian tutup api dan siap dimakan.

Resepi Sandwich Telur Putih dengan Salad

Hi. Berbalik pada resepi diet. Tapi kali ni aku nak share resepi untuk sarapan pagi. Kadang-kadang pening jugak kan bila fikir nak breakfast apa lagi-lagi kalau tengah diet. Yelaa bukan boleh makan roti canai, nasi lemak semua. Kalau makan, tak jadi la namanya diet. Macam ni la rupa sandwich tu. Sedap ke sedap? Bahan-bahan: 2 biji telur putih (direbus dulu) 2 keping roti wholemeal 1 sudu teh mayonis 4 helai salad 4 keping tomato (hiris nipis) Sedikit serbuk paprika Sedikit serbuk lada hitam Cara-cara:  Panggang roti dalam pan sampai dia garing Dalam mangkuk, hancurkan telur putih Kemudian masukkan mayonis, paprika dan black pepper Gaul sampai rata Susun salad atas roti yang telah dipanggang Kemudian sapukan telur tadi atas salad  Lepastu tindihkan tomato atas lapisan telur tadi Ok dah siap, dah boleh makan

Resepi Rendang Daging Salai versi diet

Hi. Sekarang ni aku tengah dalam fasa untuk loss weight. Jadi memang setiap hari kerjanya berexperiment dekat dapur masak makanan yang sedap tapi dalam masa yang sama nak pastikan kalori makanan tu rendah. Contohnya macam resepi rendang daging salai ni. Tadaaa ni dia menu rendang daging salai dan sawi goreng belacan (tanpa minyak) Bahan-bahan : Daging salai - potong nipis  Cili kering* Bawang merah* Bawang putih* Lengkuas* Serai* Halia* Kunyit* Asam jawa Garam Air  Madu Daun kunyit - hiris halus Cara-cara : 1. Blend semua bahan yang bertanda * 2. Gaulkan bahan-bahan yang dah diblend tadi dengan daging salai 3. Kemudian perasakan dengan asam jawa, madu dan garam (madu sebagai ganti gula^^) 4. Masukkan pula daun kunyit dan gaul hingga rata 5. Perap selama 30 minit. 6. Akhir sekali masukkan daging yang telah diperap tadi ke dalam kuali dan masukkan air sehingga daging tenggelam 7. Gaul-gaul sampai daging masak, biarkan sampai kering lep...

Interview Degree Masscom: Advertising

Hi. Entri kali ni nak kongsi sikit pengalaman temu duga untuk degree Masscomm. Aku ambil penerapan dari diploma. Sekarang ni, tengah semester 5 diploma Masscomm (ya tak habis diploma lagi TT). Bagi yang tak tau, kalau penerapan daripada diploma (dari kos yang sama) nanti bila masuk degree korang akan terus masuk Sem 2. Bukan mula daripada semester 1. Melainkan kalau korang dari diploma atau universiti yang lain nak masuk Masscomm, korang kena mula dari semester 1 untuk belajar benda asas Masscomm. Ok, long story short. 23/12/2018 (Ahad), UiTM Pasir Gudang. Hari yang paling aku berdebar sebab nak interview. Sebab aku masih ragu-ragu sama ada nak ambil Journalism ataupun Advertising. Hati aku dekat Journalism tapi Advertising pun ok apa? Jadi setelah membaca segala bagai sumber, aku pilih Advertising sebagai pilihan pertama. Temu duga bermula pukul 8.30 pagi. Macam biasa, sama macam diploma, temu duga dimulai dengan menjawab soalan essay selama 1 jam. Tajuk yang dapat sama ...

Review : Laneige Lip Sleeping Mask

Hello! I'm back with a new product to review. Wait. I've mentioned it before about this product on my previous post ( click here to read ). Yes guys I've finally bought it! Hahah. Well said, don't you even curious to know if  this sleeping mask really works? The packaging itself is soooo cute. Actually I'm not really a fan of Korean cosmetic products because most of them don't works on me. I guess because of the weather or maybe because my skin is so 'Melayu' that only work on products that is sold locally (bukan kosmetik kilo). But, Laneige is different! It gives me...uhm... different perception? I've never thought it works well on me and my friends. I swear~ The thing is I do really want to buy this lip sleeping mask but end up giving it up. But then it get promos, 1 box for RM 125 which includes 2 lip masks with 2 lipbalms. Who wouldn't bought it? Tell me it's SUPER CHEAP guys. So I shared with Yasmin and Sya. I take the Mint Ch...