Hi. Entri kali ni nak kongsi sikit pengalaman temu duga untuk degree Masscomm. Aku ambil penerapan dari diploma. Sekarang ni, tengah semester 5 diploma Masscomm (ya tak habis diploma lagi TT). Bagi yang tak tau, kalau penerapan daripada diploma (dari kos yang sama) nanti bila masuk degree korang akan terus masuk Sem 2. Bukan mula daripada semester 1. Melainkan kalau korang dari diploma atau universiti yang lain nak masuk Masscomm, korang kena mula dari semester 1 untuk belajar benda asas Masscomm. Ok, long story short. 23/12/2018 (Ahad), UiTM Pasir Gudang. Hari yang paling aku berdebar sebab nak interview. Sebab aku masih ragu-ragu sama ada nak ambil Journalism ataupun Advertising. Hati aku dekat Journalism tapi Advertising pun ok apa? Jadi setelah membaca segala bagai sumber, aku pilih Advertising sebagai pilihan pertama. Temu duga bermula pukul 8.30 pagi. Macam biasa, sama macam diploma, temu duga dimulai dengan menjawab soalan essay selama 1 jam. Tajuk yang dapat sama ...
Just because my path is different doesn't mean I'm lost.