Hi. Harini nak share satu resepi mushroom soup (resepi daripada Hanis Zalikha). Belum pernah try lagi. Tapi saje je nak letak kat blog ni supaya senang nanti nak cari kot-kot mood terlebih rajin ataupun tekak teringin nak makan sup cendawan. screenshot from Hanis Zalikha's Ig story. Bahan-bahan : Minyak zaitun Cendawan butang (hiris dan cincang halus) 1 tin cream of mushroom (brand Campbell) Setengah tin air Susu segar Parmesan cheese Serbuk lada putih Garam Cara-cara: 1. Panaskan periuk atau pan dan tuangkan sedikit minyak zaitun untuk menumis 2. Tumis cendawan butang yang telah dihiris, kemudian masukkan pula cendawan yang telah dicincang. 3. Kemudian, masukkan 1 tin cream of mushroom dan setengah tin air dan kacau sehingga rata. 4. Masukkan pula susu segar seteguk dua mengikut selera tekak masing-masing 5. Masukkan parmesan cheese sebanyak mana kesukaan 6. Masukkan serbuk lada putih dan garam secukup rasa Siap! Cadangan makan...
Just because my path is different doesn't mean I'm lost.