Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Kenangan Hari Raya

Assalamualaikum.

          Salam 6 Syawal. eh? dah masuk 6 Syawal dah. cepatnya masa berlalu. dan masih belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kan? hehehe.

Raya sekarang dah tak sama macam dulu. saya rasa raya dulu seronok sangat. tapi makin besar, kemeriahan raya tu dah tak semeriah and seseronok dulu. kalau dulu, seminggu atau beberapa hari sebelum raya, ayah akan bawa saya pergi bandar cari kad raya untuk bagi dekat kawan-kawan dan pos dekat kampung.

          masa tu seronok sangat pilih kad raya. design yang macam kartun-kartun untuk kawan-kawan. yang jenis besar sikit dan ada gambar kampung pulak untuk atuk dan nenek dekat kampung. sampai je rumah terus capai pen sebab tak sabar nak tulis kad raya, sebab esoknya nak ayah pos kad tu ke kampung.

dekat sekolah pula saya bagi semua kawan baik saya kad raya. paling best nanti dorang balas balik kad tu. seronok sangat. time raya je dapat berbalas-balas kad macam tu. hehehe. zaman kanak-kanak, semuanya indah belaka kan?

        …